Monday, October 13, 2014

Dinner yang 'kenyang' alhamdulillah

Salam. Senin dah tiba. Dinner sudah selesai. 
Makan semua sedap. Berbaloi gak alhamdulillah. 
Kali ni lain sikit ceritanya, kami geng2 dibenci umat ni tak buat persembahan, jadi dapatlah kami datang dengan senang hati tanpa bawa alat muzik hahaha!

Satu demi satu acara dijalankan. Aku perhati. Semua terkawal. Hebat. 
Terbukti batch aku tidak seperti yang dikata orang. Yang buruk2, hina2, semua kitorang. Aduiyaiiiii bak kata Topek Rimba.

Sesi bergambar tiba di akhir majlis. Mantap. Sukar aku tengok laki perempuan bergambar berdua. Semuanya kalau bergambar laki perempuan pun sebab satu kelas, satu sekolah, satu kumpulan klinik.
Hebat, terbukti kami tidak sehina seperti apa yang diungkapkan oleh orang lain.

Pakaian? Alhamdulillah, semuanya sopan dan menepati syara'. Alah, sikit2 tu ada lah, biasalah, semua orang kan tengah berubah kearah kebaikan. 
Kita doakan yang terbaik sudah. Mana tahu pengakhiran mereka lagi baik daripada kita kan?

So, nak cakap, jangan menghukum dan menilai melainkan anda faham dan jelas tentang sesuatu keadaan itu. 
Kita nampak air itu tenang, tapi sebenarnya ada ikan di dalamnya. 
Hidup di dunia ni ada macam2 orang, macam2 hati, tapi tak semua yang kita anggap tu betul. 
Jangan fikir diri kita saja yang betul ye...

Assalamualaikum. Hidup matiku DOME!

Sunday, October 12, 2014

Hari GRAND DINNER sudah tiba, lu diam!

Salam. Ahad sudah tiba. 
Akan ke klinik surgery di Dental Teaching Center, Irbid, Jordan.
Selesai klinik, akan bersiap untuk dinner batch pula. 
Begitu juga dengan kawan-kawan yang lain. 
Ada juga yang pulang dari hospital yang jauh. 
Semuanya gembira untuk dinner malam nanti.

Pesan aku,
jagalah pergaulan kita, tetapi dalam masa yang sama, hormati semua tetamu yang hadir, kita raikan mereka,
majlis setahun sekali ni diadakan untuk kuatkan silaturrahim antara kita,
janganlah rosakkan mood,
AJK sudah bertungkus lumus bagi yang terbaik,
jangan kita komen seperti mereka takde perasaan.

KALAU NAK KRITIK, KRITIK GUNA PERASAAN,
YOU'LL NEVER FEEL US UNLESS YOU KNOW US FAR ENOUGH,

IMAGES WON'T GIVE YOU THE TRUE US,
IT'S ONLY 20% OF US.

Apa-apa jadi, inilah wasiatku untuk korang,

Masih ingatkah lagi kita semua berlari,
bersama menikmati hari-hari indah ini,
masih ingatkah lagi kita semua berdiri,
walau perit diuji tetap teguh jiwa ini,
DOME itu kami,
tetap di sini,

DOME itu kami,
tetap di hati!

Saturday, October 11, 2014

Ikhtilat Tahi Lalat


Salam. Dinner batch kami Ahad ni. Macam biasa. Isu sama. Isu biasa tapi perlu diingatkan selalu. Soal ikhtilat atau pergaulan. Kenapa tahi lalat? Sebab setiap manusia ada tahi lalat haha!

Mudah saja. Common sense. Takde benda nak cakap dengan jantina berlawanan, takyah cakap.
Jaga pakaian. Nak tangkap gambar buat koleksi peribadi, silakan. Wangian ala kadar cukup dah kot.

Tak perlu kot nak tekankan sangat. Benda biasa.
Pada aku, ini benda kecil. Kita sendiri yang besarkan, sampai rasa benda ni susah nak dilaksanakan.

Kita semua ada perasaan malu. Malu tau, bukan sombong. Bagi salam tetap wajib dijawab.
Lagi-lagi di luar negara, kita tiada keluarga lain selain kawan-kawan kita sendiri. Mereka kakak, adik, abang kita. Kita menyombong, tak dapat apa.

Kita keluarga, bukan musuh.
Benda mudah, jangan kecoh.
Chalo betey!

Friday, September 19, 2014

Melayu berani sesama Melayu saja

Salam. Sekarang sudah berada di Jordan. Dikejutkan dengan berita taknak berdiri ketika Negaraku dimainkan. Mungkin beliau bukan rakyat Malaysia.

Isu ini bukan baru. Ramai sangat yang kurang hormat dengan identiti dan lambang negara kita. Ada juga yang menghina dan memperlekeh negara sendiri. Boleh dianggap pengkhianat. Tapi mereka sudah lali kerana mereka buat masalah, kemudian minta maaf dan boleh hidup macam biasa.

Diskriminasi. Kita terlalu meninggikan bangsa lain? 
Mungkin ya. Contohnya, kes Kiki CDM.
Siap ada rakaman, disebarkan di mana-mana, malah ada yang sanggup menghabiskan masa mengekori dia ke rumah. Hinaan, cacian, makian, semuanya ditujukan kepada Kiki tanpa seorang pun mempersoalkan apa yang 'Uncle' itu ungkapkan dalam pertengkaran tersebut. 

Satu Malaysia kenal Kiki. Terus dihina. Oleh bangsa sendiri. 
Satu Malaysia kenal dan tahu lagu Negaraku, bukan? Tapi kenapa bila lagu Negaraku dihina sebegitu rupa, tiada pun orang Melayu yang bangkit menjadi hero? Takut ke? Kecut ke? Hanya berani memijak kepala bangsa sendiri? 
Tanya, fikir.

Niat menulis tidak langsung berkisar mengenai perkauman. Ini soal maruah negara. Jika kita sendiri tidak hormat pada negara kita, siapa lagi?
Selamat Hari Malaysia!

Tanya, fikir. Chow.

Friday, September 12, 2014

Si kecil berjiwa beso

Salam. Tadi pagi beli nasi lemak. Ramai budak sekolah. Ada baju sukan, ada baju form 6. Brader form 6 tu besar. Muka memang 24-25 tahun. Aku lama dah beratur tapi takpelah, bagi dulu budak-budak sekolah ni beli. Tengok jama pun dah 7.20 pagi. Lambat nanti budak-budak tu masuk sekolah.

Masa tu, terfikir. Badan aku kecil. Tinggi pun Messi tinggi lagi hahaha! Tapi umur dah besar, otak pun dah berkembang, tingkah laku pun sepatutnya makin matang. Dalam hidup ni, banyak cara nak bantu orang, tak semestinya bantuan wang saja. Mungkin sekecil-kecil benda kita buat hari ni sebenarnya besar di mata orang lain. Jangan sesekali fikir apa yang kita buat ni tidak bermakna.

Orang bila tengok aku, mesti tak percaya, umur dah 21. Dah boleh mengundi. (kompem aku undi **) hahaha! Tapi aku tak kisah, sebab semakin muda wajah kita, semakin menyeronokkan sebenarnya. Tapi jangan main-main dengan si kecil yang berjiwa besar ni. Bukan calang-calang tau.
Bersyukurlah dengan nikmat Tuhan. Sekecil mana nikmat itu, tetap berguna dan bermakna.

Chow.

Thursday, September 11, 2014

Denggi: Membunuh atau dibunuh

Salam. Masa darjah 6 dulu, aku pernah ditahan kat wad apabila disyaki demam denggi. Maka 100 plus pun menjadi minuman ruji. Bacaan platelet diambil. Petang tu juga, aku dilepaskan dari wad. Dapat MC beb.

Apa puncanya? Rumah aku kotor? Air bertakung? Berjangkit dari orang lain? Tak. Kadang-kadang puncanya bukan dari kesilapan kita tapi orang lain.

Rumah sebelah aku disewa orang Siam. Diorang kerja restoran milik jiran aku juga. Semak. Rumput setinggi lutut. Sampah merata-rata. Air bertakung. Tidaklah rasis, cuma ini faktanya apabila pendatang tinggal di negara kita. Serba kotor. Memalukan. Yang dapat kesannya ialah orang tempatan.

Sejak itu, mama selalu juga bagitahu tuan kepada pekerja Siam ni supaya bersihkan rumah, bersihkan rumah. Perubahan? Tak sampai 1% pun. Diorang bukan kisah pun, bukan negara diorang.

Kemudian, jiran hujung taman pulak disyaki denggi. Pegawai Kementerian Kesihatan datang rumah, cek semuanya. Dia datang rumah aku, aku ajak masuk, aku tunjuk laman belakang rumah Siam tu. Pandai-pandailah tuan budak-budak Siam ni jawab. Kena saman ke denda ke, lantak kau.

Sebenarnya, tanpa kita sedari, kesalahan kita, kecuaian kita akan mendatangkan keburukan kepada orang lain. Akhirnya, kita dah bunuh orang tanpa kita sedari berpunca daripada sikap buruk kita sendiri. Hidup biar miskin, jangan miskin adab dan jangan membunuh.

Sayangilah bumi kita. Chow.

Tuesday, September 9, 2014

Joden Unibersiti uf Sain n Teknoloji

Salam. 5 hari lagi nak balik dah ke Joden. Sepatutnya lama lagi cuti tapi disebabkan perangai gila-gila pak areb ni, cuti dipendekkan seminggu. Katanya, KPT Joden punya rancangan. Pihak U kena ikut saja. Fight punya fight, lagi 3 hari nak mula cuti, tarikh naik kelas tak confirm lagi. Gila betul.

Event ni paling bangang la pernah terjadi. Sebab apa? Sebab kat kalendar, awal-awal dah kata naik kelas 21 September, tiba-tiba jadi 14 Sept! Apa gatal punggung nak tukar-tukar tarikh lagi? Kesian tau students oversea yang jauh-jauh. Ingat murah ke tiket flight last minute? Itu pun kalau ada tiket. Nasib baik aku dapat beli tiket hari tu, kalau tak, melepas nak hantar parents naik haji.

Tuan Unibersiti, ubahlah perangai. Perangai gini hanya memalukan tuan saja. Top university in middle east konon. Benda macamni dah banyak kali jadi. Asal cuti je, ada masalah. Aku tak marah, cuma kesal. 

Terima kasih MMJ dan semua pihak yang tak henti-henti fight untuk taqwim, korang memang ranggi. Aku tak main-main, lepas ni jadi lagi macamni, aku bawak sepanduk. Aku ultras tau!
 
Chow.

Monday, September 8, 2014

Kadang-kadang kena diam

Salam. 

Makin banyak jari menaip, makin banyak mulut bersuara. Itu tak betul, ini salah. Semua salah. 

Ya, memang benar, banyak yang salah kat luar tu, tapi apa yang kita buat selain mengritik? Ada perubahan yang kita buat? Ada idea? Atau hanya duduk main facebook dan mengomel saja? Kita umat berfikir, alhamdulillah. Tapi, adakah kita umat berusaha? Ada ya, ada tidak.

Jika kita berusaha, tiada masalah wujud di dunia ini. Buang anak, rempit, hisap gam, seks bebas, semua tu takde kalau kita umat berusaha. Tapi tak! Kita hanya umat berfikir tanpa usaha. Mana nak berubah? 

Konon berjuang, berjuang untuk apa? Bangsa? Berbondong berjuang untuk bangsa. Agama? Kopiah je mahal, mulut, perangai, kalah budak juvana. Negara? Harap-harap adalah yang patriotik.

Kadang-kadang, kita kena diam kejap, berhenti mengkritik dan cuba hargai apa yang ada. Jangan bandingkan dengan benda lain kalau usaha kita tak keluarkan peluh pun. Nak cakap aku macai, silakan. Aku dan kawan-kawan aku, aku yakin, kami golongan berfikir dan berusaha, kau ada?

Chow.

Thursday, May 1, 2014

Taktikal Manchester United



Assalamualaikum. Jom kita kaji punca kegagalan Moyes. 
Walaupun beliau ada membawa kemenangan, tetapi konsistensi prestasi pasukan naik turun. Apa puncanya? Jom!

1- Pengurusan
Assistant manager dan coaching lines yang dirombak total. Kurang pengalaman dan komunikasi sesama mereka.

2- Welbeck
Terlalu fancy dan tidak mempunyai instinct dan desire untuk score. 
Penyudah out!

3- Kagawa
Fungsinya tidak jelas. Adakah perlu cross? Playmaker? Box to box man?
Kegagalan menetapkan role Kagawa menjadikan Man Utd bermain seperti tiada hala tuju.

4- Sering partner kan Carrick dan Fletcher
Kedua-dua mereka adalah defensive-minded. Hanya mengharapkan Mata untuk membuka game amat sukar. Jurang antara Carrick, Fletcher dan Mata selalu dieksploit oleh pihak lawan.

5- Valencia
Crossingnya sering kali kandas. Kurang kreativiti.

6- Pertahanan
Sering loose marking. Terutamanya Smalling. Evra, lambat balik selepas overlap. Rafael, selalu buat foul bodoh. Jones, ada peningkatan.

7- Gameplay
Moyes suka guna game sempit atau 'narrow wing'. Tetapi tidak menjadi apabila berdepan dengan pasukan yang hebat seperti big 4. 
Natijahnya, gagal menjaringkan gol.
Sering lambat melancarkan serangan kerana pemain tidak bergerak mencari ruang.

Takat ni je pandangan aku. Jom share pandangan korang :)
Terima kasih.

Aku Skeptik Sekolah Agama (ASSA)



Assalamualaikum. 
Habis sekolah rendah agama dulu, aku nekad taknak belajar arab. 
Memang aku taknak belajar. Tawaran ke SMKA aku tolak mentah-mentah.
Aku memang taknak.

Masuk SMK, kemudian ke Sekolah Sains. Mengikut percaturan, alhamdulillah.
Fly oversea Jordan. Ok, peluang menuntut ilmu. Bermulalah budaya arab dalam hidup aku.

Ini bukan masalah, aku boleh adapt. Yang masalahnya ialah SEGELINTIR daripada pelajar Malaysia kat sini (Irbid, Jordan).

1- Kebanyakan mereka ialah pelajar dari sekolah agama.
Aku memang pandang tinggi dak-dak sekolah agama. Serius. 
Pandai cakap arab, hafiz, hafal dalil dan perangai pun baik-baik.

Masalah terjadi bila satu-persatu pandangan aku meleset.
Masalah disiplin. Masalah adab. 

Aku ingatkan, kat sini, aku paling teruk. Rupanya ada lagi teruk dan lebih menyedihkan, ada yang datang dari sekolah agama.

Ingin aku tekankan, memang budak sekolah agama pun manusia biasa. 
Tak terlepas dari kesilapan. Tapi aku still culture shock la sebab aku ingat budak sekolah agama semua baik. Dak-dak sekolah agama dapat ilmu lebih, ye lah, semua ilmu berkaitan al-quran dan sunnah. Kami ni sekolah biasa je.

Sejak akhir-akhir ni, laki ngan perempuan tak kisah dah sekolah apa, 
gaul dah macam kuah rojak pun takde hal. Komon sen? Campak laut.

Aku taknak imej sekolah agama tercalar hanya kerana segelintir produknya yang tersilap langkah. Mohon jaga nama baik sekolah kita.

Sekian, jangan jadi fitnah agama. Terima kasih.

Tuesday, April 29, 2014

Aku Dah Letih



Assalamualaikum. Semoga korang sihat selalu. 

Dah hampir 3 tahun aku belajar Dentistry kat tempat orang. 
Tekanan dia lain beb. Ni aku nak cerita:

1- Of course, material kitorang banyak. Banyak, tak jadi masalah. Jadi masalah bila tiada sistem yang teratur. 

2- Arab takde sistem. Masuk lab, tengok video je banyak. Masuk lab, kena bawak gigi sendiri. Banyak benda kena buat sendiri. Pihak Universiti macam tak banyak buat benda.

3- Perangai arab tu sendiri. Tadi, dalam lab, dah serupa pasar dah dia punya hingar. God, please make them better. TAPI, kat Malaysia pun aku rasa lebih kurang je perangai student kita.

4- Pengangkutan ke U yang jauh. Dari rumah, pergi dulu ke stesen bas, then baru gerak ke U. Masa diperuntukkan, 45 minit paling cepat boleh sampai.

5- Musim panas dah mula. Bila balik rumah, turun bas, peh, rasa lain macam panas dia. Paling panas boleh pergi, 36-40 degree celsius. Serius.

6- Sesama melayu. Aku letih tengok perdebatan sia-sia yang banyak student kat Irbid, Jordan ni buat. Takyah la debatkan benda-benda yang tak perlu ni.
Keruhkan keadaan je lebih.

Kenapa aku baru cerita walaupun dah hampir 3 tahun duduk sini?

1- Aku dah sampai tahap fatigue. Ponteng kelas. Burnout. Belajar pun kadang-kadang sekali lalu. Rimas dengan kondisi masyarakat.

2- Nak cerita bahawa duduk oversea bermakna penyeksaan. Mental dan fizikal.
Aku tumbuk je orang yang cakap best gila duduk oversea.

3- Duduk oversea memang best, bab makan. Bab masyarakat tempatan, bolehlah, tapi banyak sangat yang buruk berbanding baik.

4- Aku taknak korang yang duduk oversea ni datang sini dengan tanggapan bahawa oversea ni indah. Datang sini, struggle, belajar elok-elok, jadi produk yang terbaik.

5- Setiap kali aku letih, aku ingatkan diri, bersusah dulu, bersenang kemudian.
Walaupun aku cepat fed-up, aku syukur kerana letih itu datang. 
Ini bermaksud aku ada buat something kat oversea ni, bukan sekadar tangkap gambar dan fake the life saja.

Sekian, terima kasih. Assalamualaikum.
#nopainnogain

Sunday, April 27, 2014

Last minute



Assalamualaikum. Apa khabar? Aku selsema sikit.

Aku seorang last-minuter. Senang cerita, semua benda aku suka kumpul, 
then lastly, baru aku mula buat.

Keburukan? Memang banyak. 
Aku pun tak tahu kenapa aku still seorang last-minuter even aku tahu keburukan dia banyak tahap goku.

1- Kelam kabut
Memang semua benda jadi tak teratur. Sana-sini bersepah. Material exam, sehari sebelum exam baru download, baru nak selak. Dangerous gila.

2- Resah
Confirm, aku akan rasa resah. Tengah main game, layan lagu, hati resah manjang. Ye lah, orang lain dah habis hadam material, aku hadap pun belum. 
Senang cerita, aku hidup dalam keadaan yang serba resah lah.

3- Tanggapan orang
"Belajar weyh", "kau dah habis ke". Ni semua dialog common la kalau diorang nampak batang hidung aku. 
Jawapan aku? "Belum", sambil sengih kambing la ofkos.

4- Risiko nak faham
Aku boleh je habiskan material, main skip-skip, tackle soalan.
TAPI! Aku tak jamin aku betul-betul faham. Aku tawakal je la apa yang aku baca masuk, dan apa yang aku tak baca, tak masuk. Siyes, tak tipu.

Teruk kan? Memang teruk wey. Belajar medic/dentistry bukan senang. Material banyak gila. TAPI, kenapa aku still a last-minuter? Nah, ini sebab dia:

1- Style
Memang style aku gini. Aku takkan boleh study kalau otak aku tak kosong lagi. Bukan kosong semata-mata, maksud aku, kosong is fully prepared to be filled with new data. Haaa style kan? HAHAHA!

2- Ketenangan
Tadi cakap resah? Tu masa sebelum belajar. Tapi bila aku dah start enjin, aku memang tenang baca. Senang je masuk. Sebab aku dah fully prepared untuk that new data.

3- Laju
Aku memang bukan budak pandai. Kebolehan aku hanyalah boleh membaca laju. Macam scanner la. Bila aku laju, aku rasa ada force yang push aku. 
Itu pasal aku lebih fokus. Senang cerita, aku rasa tercabar dan thrilled!

4- Keseronokan
Bila last minute ni, kau seorang je tahu betapa susahnya dan menyesalnya tak belajar awal. Dan penyesalan itulah yang keep on pinching your brain, 
"kamon, kamon! Nak tak nak kau kena baca". 
Yes, penyesalan itu yang menjadikan aku seperti ini.

5- Kualiti
Aku jamin, bila kau dah sepenuh hati dan fokus kat kerja kau dalam masa yang singkat, kualiti dia terbaik dari ladang. Tak percaya? 
Cuba kau pergi masak. 5 minit je kau ada masa. Dengan rushingnya, dengan laparnya, kau akan pergi masak sepenuh hati. Pure cooking la orang kata. Berbeza dengan masak santai, takde pressure, masak pun suam-suam je. Macam tu juga aku.

Aku menulis ni, bukan untuk brainwash korang to be last-minuter, 
tapi aku cuma nak bersihkan nama kami golongan last-minuter. 
Kami tahu, cara ni bahaya. Tapi jangan risau, memang cara kami begini. 
Kalau boleh ubah, kami ubah, tapi kalau tak boleh, biarkan sajalah. 
Jangan berhenti push kami untuk jadi early-minuter. 

Thanks for reading, assalamualaikum. 
#Esok aku exam, doakan :D


Monday, January 20, 2014

Jaga MULUTMU der


Assalamualaikum. Hai, pekabo? Alhamdulillah, aku pun sihat.
Der, nak cerita ni, dah tahun baru ni, macam-macam azam kan, MULUT  kita ada azam baru tak? Ke sama je lancang macam tahun lepas?

Terlajak perahu boleh undur, terlajak kata merana diri. Dari zaman dulu kita dah diingatkan pasal ni. Masing-masing tahu, kerana mulut badan binasa tapi berapa ramai yang sedar yang dia tengah membinasakan bukan saja diri dia malah diri orang lain gak?

Ada orang memang jenis mulut lancang, laser, dia expect kita faham dia. Ok takpe tapi lama-lama, orang meluat jugak der . Bahaya. Takut nanti salah faham, sakit hati semua bercampur. Bala bala.

Kita selalu rasa pendapat kita betul, kita nak orang terima. Itu lumrah. Biasalah tu. Tapi sedar tak, dek kerana terlalu keras kepala dan tak pedulikan perasaan orang lain, kita dah sakitkan hati orang? Salah dengan Tuhan boleh doa minta maaf, salah dengan orang, kau pergi depan dia, kau minta maaf. Tu je caranya.

Apa pun pendapat kita, pendapat orang kita hormat. Jangan keras kepala. Letak akhlak dan budi bahasa tinggi-tinggi. NOMBOR 1. Tak perlu nak hebah-hebah pun, bukan susah nak jaga bahasa der. 

Sekian, post ni umum tapi siapa terasa, mohon terasa dalam-dalam. Puas aku perhati. 
Maaf salah silap, terima kasih baca.
Assalamualaikum.

Monday, January 6, 2014

Makan free

Assalamualaikum dan selamat tahun baru! Harap korang semua sihat walafiat aminn.
Tahun baru, azam baru, perancangan kewangan baru. Alhamdulillah satu hari itu, kawan kita menjamukan makanan untuk kita. Alhamdulillah, save bajet hehe.

Alhamdulillah, sedap. Makan free la katakan. Tiba-tiba, ada seorang ni dia komen macam-macam pula.
Adik, benda percuma ni, kira untung kau tak payah bayar, tak payah masak, tak payah basuh pinggan kan.

Inilah masalah pada adab kita. Kita kurang pandai berbicara dan berkomunikasi. Terasa hati kawan kita tu, penat dia masak. Nak potong bawang apa semua. Tenaga dan masa tu. Ye lah, mungkin kita kata "aku tak minta pun, dia yang bagi", tapi kita makan juga makanan yang dia masak kan?

So, aku nak kongsikan beberapa cara yang aku dan kawan-kawan aku telah amalkan. Makan kenyang, persahabatan kental!

1) Terima dengan senyuman. Jangan masam muka. Rezeki tu. Seronok hati tuan punya makanan kan.
2) Ucapkan 'terima kasih'. Tak sampai 3 saat pun nak ucap. Benda mudah. Ingat, ni benda orang bagi. Syukur alhamdulillah.

3) Hargai makanan tu. Jangan suka komen, jangan merungut. Sakit hati si pemberi. Bahasa pasarnya, orang dah bagi tu kira cukup baiklah kan. Jangan komen, jaga hati orang. Telan je dulu. Sedap tak sedap belakang kira.

Itu saja cara yang aku rasa paling penting. Bukan untuk makanan saja, benda lain pun boleh amalkan cara ini macam hadiah, bagi pinjam barang dan sebagainya. Apa-apa pun, ingatlah, cuba berdiri dalam kasut orang lain. Inshaallah, kita akan lebih menghargai dan memahami.

Terima kasih kerana membaca, salam! :)