Friday, December 7, 2012

Kita boleh!


Assalamualaikum, salam AFF Suzuki, salam sayang semua!
How are you? I'm fine thank you, alhamdulillah.

Kita boleh? Apa yang bolehnya? Haa, jom baca.



Markah exam dah keluar. JENGJENG! Teruk, bagus, syukur, cukup makan, semua ada. Then, ada juga yang kurang bernasib baik. Markah carry mark (markah terkumpul) tak lebih setengah, banyak lagi markah untuk lulus semester.
Tapi, untuk aku, aku sangat yakin, korang, sahabat-sahabat yang tengah down, kecewa, sedih, jangan sedih lagi! TIME'S UP! Sekarang masa untuk korang bangkit!

"Bangkit? Jauh bhai, susah dow, kau score, senanglah cakap." 

Eh? Kita lupa ke yang kita ni terpilih? Sebab apa kita dipilih? 
Sebab yang memilih iaitu Tuhan yang Maha Esa tahu kita mampu! 
Kalau tak, Dia tak hantar kita ke sini. Ujian-ujian macamni kadang-kadang menyedarkan kita, bahawa dunia ini ibarat roda. Sekejap di atas, sekejap di bawah.

Ada yang cakap, 
"lama sangat dah aku kat bawah, tak naik-naik pun."

Our life is just like Ferris Wheel


Mana kita tahu kita tak naik-naik? Mungkin 1st exam dan 2nd exam kita di bawah, tapi insyaallah, dengan usaha dan tekad kita sekarang, aku tengok semua sungguh-sungguh belajar, tak mustahil, jujurnya aku yakin, tak mustahil untuk kita cemerlang final exam nanti. Trust me!

Ingatlah, kita di bawah supaya kita tahu betapa berharganya duduk di atas, lalu kita dapat kecapi rasa syukur. Jangan takut, jalan kita terbentang luas di depan. 
Cukup dengan cahaya, cukup dengan segala kemudahan. Tinggal usaha kita, tekad kita dan tawakal sahaja yang kita perlu pegang erat. Jangan sekali lepaskan genggaman 3 benda ni.

Aku seru, kita semua, bangkit lekas! Masa masih banyak, teruskan berusaha, yang di atas akan terus menarik yang di bawah, jangan risau. Kita akan saling membantu. 
Tiada kejayaan bagi semua jika ada kegagalan bagi satu!
Ayuh, cemerlang final exam sudah di dalam tangan, apa lagi? Jom serbu!

Terima kasih membaca, harapnya semangat korang terus membara insyaAllah.
Semoga kita semua dalam naungan rahmatNya.
Assalamualaikum.