Assalamualaikum dan selamat tahun baru! Harap korang semua sihat walafiat aminn.
Tahun baru, azam baru, perancangan kewangan baru. Alhamdulillah satu hari itu, kawan kita menjamukan makanan untuk kita. Alhamdulillah, save bajet hehe.
Alhamdulillah, sedap. Makan free la katakan. Tiba-tiba, ada seorang ni dia komen macam-macam pula.
Adik, benda percuma ni, kira untung kau tak payah bayar, tak payah masak, tak payah basuh pinggan kan.
Inilah masalah pada adab kita. Kita kurang pandai berbicara dan berkomunikasi. Terasa hati kawan kita tu, penat dia masak. Nak potong bawang apa semua. Tenaga dan masa tu. Ye lah, mungkin kita kata "aku tak minta pun, dia yang bagi", tapi kita makan juga makanan yang dia masak kan?
So, aku nak kongsikan beberapa cara yang aku dan kawan-kawan aku telah amalkan. Makan kenyang, persahabatan kental!
1) Terima dengan senyuman. Jangan masam muka. Rezeki tu. Seronok hati tuan punya makanan kan.
2) Ucapkan 'terima kasih'. Tak sampai 3 saat pun nak ucap. Benda mudah. Ingat, ni benda orang bagi. Syukur alhamdulillah.
3) Hargai makanan tu. Jangan suka komen, jangan merungut. Sakit hati si pemberi. Bahasa pasarnya, orang dah bagi tu kira cukup baiklah kan. Jangan komen, jaga hati orang. Telan je dulu. Sedap tak sedap belakang kira.
Itu saja cara yang aku rasa paling penting. Bukan untuk makanan saja, benda lain pun boleh amalkan cara ini macam hadiah, bagi pinjam barang dan sebagainya. Apa-apa pun, ingatlah, cuba berdiri dalam kasut orang lain. Inshaallah, kita akan lebih menghargai dan memahami.
Terima kasih kerana membaca, salam! :)
No comments:
Post a Comment