Wednesday, January 4, 2012

Keterbukaan Pemimpin

Bilakan ku lihat perpaduan mahasiswa dan pemimpin?


Assalamualaikum :D Harapan penulis agar kalian dan keluarga sihat sentiasa dan berada dibawah rahmat-Nya selalu.
Okay, hari ini post bahasa Melayu pulak, sebab benda ini sangat 'Melayu'. Apa yang saya nak kongsikan adalah mengenai pandangan saya tentang isu politik semasa di tanah air. Semakin hari semakin rancak hiburannya. Ada aksi ganas, aksi romantik dan macam-macam lagi. Apakah ini yang kita nak lihat sepanjang kita meneruskan hayat di Malaysia?


Natijah dari tragedi berdarah di UPSI tempoh hari, keadaan menjadi semakin buruk dan tidak terkawal. Sumber daripada kawan baik saya, mereka akan mengadakan 'flash mob' ataupun berkumpul dalam masa yang singkat dan melakukan sesuatu secara beramai-ramai. Saya turut mencadangkan sesuatu untuk dilakukan ketika 'flash mob' itu. Bukan niat ingin mendorong, tapi ia adalah hasil pemikiran saya yang memberitahu bahawa apa salahnya kalau buat? Seronok monok jugak hahaha... Sebelum ini, saya mungkin dilabel pro-kerajaan, tapi hari ini saya simpan sebentar label itu dalam poket sweater saya. Sebab semua benda ni, hasil pemerhatian saya, bermula daripada sifat tertutup pemimpin, harap maaf.


Keadaan mungkin berbeza jika segala permintaan rakyat diambil kira. Bukan niat menyokong perhimpunan, demo dan sebagainya, tapi jika pemimpin mendengar rintihan mereka, mungkin keadaan tidak bertukar buruk. Sebagai contoh, perhimpunan mahasiswa di UPSI yang bertujuan untuk menyerahkan dan menerangkan kehendak mereka iaitu pemansuhan AUKU. Kalaulah dari awal pemimpin mengadakan perbincangan meja bulat bersama mereka, mungkin kedua-dua pihak akan mencapai persetujuan. Ini tidak, lain yang jadi. Nampaknya, pemimpin tidak mengendahkan hal ini.


Ye, memanglah perkara ini nampak kecil, hanya melibatkan mahasiswa, tapi ia telah menjadi besar! Kekecohan di mana-mana. Memang saya menyokong dari awal lagi pemansuhan AUKU itu kerana ia membela prestasi akademik pelajar. Bila dah sibuk berpolitik, mustahil pelajar akan mengadap meja belajar pada waktu yang sepatutnya mereka belajar. Sebab itu lah AUKU dimansuhkan, bagi mengelakkan pemahaman politik mempengaruhi pihak-pihak yang terlibat dalam dunia akademik. Tapi, kerajaan perlulah menerangkan keadaan itu dengan jelas dan berhikmah, bukan hanya membiarkan mahasiswa terpinga-pinga menuntut hak mereka. Ini mungkin kesilapan yang muncul daripada pemimpin.


Sekarang, saya nak bercerita pasal kesilapan mahasiswa pulak. Saya juga mahasiswa seperti anda, darah muda, menggelegak, ingin menjadi hero dalam semua aspek, tapi bukan begini caranya! Okay, contoh, awak nak tanya cikgu, kenapa jawapan ni salah, tapi awak datang dengan ganas, sombong, angkuh, tiada adab, siapa yang tak marah? Macam hari tu, polis dah bagi warning, tapi kamu masih degil tidak berganjak. Kemudian, panjat pagar, berkerumun, membuat bising di tempat awam, mengasari polis, haaaa tempah padah la tu. Memang padan la kena bantai ke apa ke. Tapi yakinkah anda polis yang memijak dan membelasah Saudara Safwan Anang itu? Kelakar. Konon nak jadi hero, tapi jadi penjenayah pulak. Cuba duduk elok-elok, buat ikut prosedur, memang lah, mungkin tiada siapa yang layan, tapi kita sentiasa mempunyai pelbagai cara yang efisyen untuk meluahkan pandangan dan meminta penjelasan. Tak perlu cetus huru-hara, tinggalkan pelajaran, yang akhirnya memudharatkan diri sendiri, fizikal dan mental. Cuba kalau anda berada dalam situasi tuan rumah. Orang datang buat kecoh depan rumah anda, apa perasaan anda? Rasa nak baling pasu pun ada kan? Cuba fikir perasaan orang. AUKU itu hanya benda kecil, banyak lagi hal lagi penting yang awak tak tahu. Awak tahu ke apa dalam fikiran pemerintah, sekali lagi saya ulang, dari post sebelum ini, fikiran anda tak sampai satu peratus pun daripada apa yang difikirkan oleh pemimpin.


Maaf agak panjang, thanks sangat sebab baca, bukan apa, hanya meluahkan pandangan yang selama ini dipendam, kalau boleh, hari ini saya ingin membiarkan diri saya memihak kepada mahasiswa, mereka bukan minta apa pun, hanya kebebasan akademik, itu saja. Bukan minta jawatan dalam parti politik. Bukan minta PM turun. Tidak, mereka hanya inginkan hak mereka. Jika betul pemansuhan AUKU perlu dimansuhkan, jelaskan dengan baik, baik dan buruknya tindakan itu diambil. InsyaAllah dengan cara itu, hati batu anak muda yang bergelar mahasiswa boleh dilembutkan dan yang pasti, memastikan negara dalam keadaan aman dan makmur seperti sebelum ini, ketika kita masih digelar kanak-kanak comel. Dan juga,harapnya, melalui perbincangan penuh hikmah dan aman, mahasiswa bertaraf global dapat dijelmakan.
Sekian, semoga kita semua sentiasa diberkati Yang Maha Adil.


+Logic is the ability to tolerant+

No comments:

Post a Comment