Thursday, January 5, 2012

Kalah terus



Assalamualaikum, saya baru balik dari menonton perlawanan bola antara Manchester United dan Newcastle United. Meredah kedinginan malam pada musim sejuk bersama rakan serumah, pergi ke rumah PUSKOM (Pusat Komuniti) semata-mata untuk melihat team feveret main, memang menguji iman dan kecekalan jiwa hahaha...tapi, segalanya ibarat sia-sia. Kalah 3-0 di tempat lawan, terlalu besar dan tidak boleh diterima akal. Keluar saja dari situ, habis semua dinding saya tendang, meluahkan kekecewaan. Haih, mengeluh pun tiada guna. Kali ini, keeper ialah Lindergaard. Permainan mantapnya dibayangi kesilapan rakan sepasukan di hadapannya.


Ini game kedua. Ingin diceritakan game pertama, tewas 2-3 kepada Blackburn Rovers di gelanggang keramat Old Trafford. Macamane boleh kalah pun masih menjadi tanda tanya. Mungkin tidak salah jika disalahkan David De Gea, keeper yang masih longgar lutut kakinya kerana baru sahaja menyertai Man United sebagai pengganti keeper legend, Edwin Van Der Sar. Saya menonton game tersebut di kedai Shisha berdekatan, sambil ditemani hujan dan kesejukan yang mencecah ke tulang, namun kalah juga. Sedih lagi. Terbang dua dinar lagi tu. =(


Hari ini mood nak luahkan analisa tentang Man United. So, jom baca pandangan saya :
Kelemahan : Tak dapat menguasai perlawanan dan menyerang dengan berkesan.
Punca : Kurang player serangan, kurang semangat, tiada chemistry, midfield tidak compact, lemah bola tinggi, kesilapan kerap individu, tidak menguasai bola, tiada penyudah, kurang pengalaman
Bukti : Passing tak tepat, ball possesion 45% paling banyak, peluang kalau ada pun, disia-siakan umpama melepaskan angin dari dalam badan.
Solusi : Mungkin Nani perlu ditukar dengan pemain lain, kerana permainannya dibawah taraf sederhana.
Midfield area perlu diperkuat kerana rompongnya midfield mengizinkan bola mengalir laju ke bahagian defend Man United. Pemain baru juga perlu dibeli untuk mengelakkan krisis tidak cukup pemain.

Harapan sebagai penyokong sejak kecil, tolonglah jual Nani tu, teruk sangat dia main. Tak membantu langsung.
Chicharito pulak, please, tengok last man opposite team, janganlah offside saja, larian awak tadi, semua offside
Valencia, bagus, tapi tak perlu ganas sangat, takut kena kad merah. 
Evra, kuda tua, si kapten, kalau dah naik tu, mintak teammate cover tempat awak, ini tak, naik macam badak, biar kandang awak kosong, bahaya tu. 
Keseluruhannya, main bola mesti pass bola, jangan menyombong.


Saya marah bukan sebab benci tapi disebabkan sayangnya pada Man United. So, harap sangat Sir Alex beli pemain baru dan guna strategi baru dalam perlawanan akan datang. Dunia dah berubah. Tak boleh kekal pada gaya lama lagi. Sekian. Thanks so much kerana baca =)


+Glory glory Man United, dah tak boleh nyanyi lagi+

No comments:

Post a Comment