Tuesday, January 24, 2012

Drama Asli

Baca ni :)

Assalamualaikum, salam cuti! Hehehe... sihat-sihat semue ye alhamdulillah.
Haaa, hari ini aku ade cerita best, pasal Drama.
Drama APA?
Drama apa ek nak tengok? :D


Drama bangsa kita dik, Drama Asli. Drama Asli???!!! Apa pulak tu? (Jangan garu kepala dulu, lek luu)
Mesti korang semua perasan, macam-macam cerita dah keluar kat Malaysia, 
dari A sampailah ke Z. 
Tengah aku dok pening kepala baca, muncul satu cerita kat Facebook, tajuk dia 'ABU'
ABU?? "Anything But Umno @ Asal Bukan Umno", kawan aku tolong explain. 
Dia pun pasang la video tu.
Pasal perhimpunan HINDRAF dekat Klang hari tu, izinkan aku kutuk sikit, HINDRAF ni memang tak habis-habis dengan 'rights' diorang. 
Tu je kutuknya haha.
Video tu tunjuk apa? Dia tunjuk pasal sekumpulan anak Melayu tiba-tiba datang buat kacau, habis ranap semua dalam dewan tu.
Malunya aku tengok.
Lagi malu sebab melibatkan nama UmnoKalau arwah nenek moyang kita tengok benda ni, korang rasa diorang nak ke mengaku yang kita ni generasi diorang?
Ok, habis cerita pasal video tu.
Now, masuk pasal topik kita, drama.
Umno Terus Mara :)


Zaman nak kiamat ni, Umno makin goyang (sorry der, gua memang Hidup Umno). Aku sebagai bakal ahli Umno pun sedih tengok benda macamni. Malu. Sakitnya hati bila dengar orang cakap,"bodohla Umno, sakai, racist", ouch sakit!
Lagi sakit bangsa kita sendiri yang cakap.
Tapi aku fikir balik, betullah, tapi bukan semua, ada lagi yang sejati, pertahan Melayu melalui Umno, bakal abah mertua aku misalnya, masih teguh dengan perjuangan asal.
Anak Melayu sekarang, berjuang tanpa arah, tapi diorang sanggup ke bergadai nyawa macam orang kat atas ni?!


Tapi, keadaan kalut apabila budak-budak bawah ni, nak tunjuk hero kononnya,"Hidup Melayu! Mati Hindraf!" KONONNYA LAH.
Poyo je budak-budak ni. Tak layak dipanggil anak Melayu pun, apatah lagi nak dipanggil panglima...hahaha...
Kalau kita sayang bangsa kita, kita akan sayang kaum lain, buktikan kat diorang yang kita ni baik.
Wisdom is stronger than strength


Ya, memang ada masanya kaum lain agak melampaui batas, tapi kita ada kebijaksanaan, kesopanan, dan ibarat kata kawan aku, diorang banyak menyumbang untuk negara kita jugak.
Kalau kita sendiri tunjuk ganas tak tentu hala, kita sendiri sebenarnya dah menghancurkan negara kita sendiri, SEDAR tak?!
Atuk nenek kita berjuang untuk segalanya, kita? Harapnya begitu juga


Aku sayang Melayu. Aku sayang Umno, ye aku poyo sebab main Umno, tapi aku yakin ada lagi segelumat bakti murni dalam kalangan pemimpin kita yang kita tak nampak.
Jangan disebabkan budak-budak bajet gangster, ayahanda tu, Umno dapat nama.
Aku sedih, kecewa, anak Melayu hanya berjuang di tempat yang sangat tak memerlukan perjuangan. :'(
So, kat sini, aku nak clearkan balik, Umno tidak kotor, yang kotor hanya segelintir ahlinya.
Hanya kerana nila setitik, rosak susu sebelanga, dari dulu lagi umat berlaga, sebab itu nenek moyang kita wariskan kalam pujangga ni untuk menyedarkan kita bahawa tidak semua itu rosak, namun dirosakkan secara paksa.
Harapan, korang yang baca ni, aku ucapkan thanks sangat-sangat, arigato, danke, gracias, toce, aku harap sangat korang still sayang Melayu.
Aku tak kisah korang benci Umno, tapi aku just nak korang tauw, Umno pun malu ada keluarga macam gangster-gangster poyo tu, memalukan.
Thanks again, semoga korang dan keluarga dirahmati Allah selalu insyaAllah aminn... :)
Hidup Melayu!


+Logik akal pelengkap kemuliaan+

2 comments: