Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Terima kasih sudi singgah dan baca. Setuju tak setuju belakang kira, janji semua happy! Logic is magic :)
Wednesday, May 16, 2012
Ucap Terima Kasih Itu Mudah :)
Assalamualaikum semua, apa khabar? Harapnya kalian sihat walafiat.
Wah, lama tak jenguk blog ni, akhirnya kembali juga. Bukan apa, sibuk dengan exam la beb.
*Sorry, bahasa rock, malas nak formal sangat :D
Today's topic, Terima Kasih Semua :)
Baru-baru ni baru pulang dari Malaysia tercinta sempena perkahwinan abang tersayang
(my only brother and sibling).
Switched on the TV and then, a commercial break appeared.
Iklan tu pasal "Kempen Ucapkan Terima Kasih" or something like that.
Oh God, ucap terima kasih pun kena berkempen ke?
Apa dah jadi sekarang ni?
Actually, post ni untuk saya dan anda juga.
Saya dah lama dah perasan masalah liat untuk mengucapkan terima kasih ni.
Mungkin bukan semua, tapi hanya segelintir.
Susah sangat ke nak ucap dua perkataan ni?
Ucap 'I miss u so much' kat awek boleh, cakap terima kasih tak boleh?
Dulu-dulu, abah, mama, abang selalu ajar, "cakap apa dik?"... aku pun cakap lah, "terima kasih".
Betapa nilai ucapan terima kasih itu sangat besar sehinggakan kita dilatih untuk
ringan mulut berterima kasih kepada orang sejak kecil lagi.
Senang je nak amalkan, kalau ada orang bagi barang, cakap je terus, "terima kasih",
sambil senyum, senang kan?
Tak pakai kalori pun.
Saudaraku, Islam dan adat Melayu tidak banyak canggahnya.
Islam dan adat menekankan amalan berbudi bahasa.
Tak perlu kempen.
Itu semua atas kesedaran diri, atas rasa cinta dan sayang.
Ikhlas itu penting.
Orang kata, orang Melayu ni kaya budi bahasa.
Hakikatnya, terima kasih pun liat nak ucap, apakan lagi nak ucap terima kasih pada Tuhan? Jaga hubungan sesama manusia dan Allah, insyaAllah semuanya baik.
Tak guna baik dengan Tuhan saja kalau saudara disebelah tidak dipedulikan.
Maaf kerna kata-kata hari ini sedikit rojak dan kasar.
Diri ini tak sempurna, sedang diperbaiki jua.
Marilah ringankan mulut untuk mengucapkan 'Terima Kasih'.
Sekian, terima kasih kerana membaca, moga kalian dan keluarga sentiasa di bawah payung rahmatNya.
Assalamualaikum.
+ Logik tanpa budi itu keji +
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
terbaik bro.. thanx for reminding me for such 'petty' thing but huge meaning..
ReplyDeleteHrmmm.... Budaya yg memang sntiasa dlupakn... Trutama lg, pd Allah... Glongan yg bsyukur itu sgt sedikit...
ReplyDeleteal-Baqarah:243
"Sesungguhnya Allah sentiasa melimpahkan kurnia-Nya kepada manusia (seluruhnya), tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur".
Ibrahim: 7,
"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras."
Moga2, kita tgolong dlm golongan yg sikit itu...
Thanks Musafir...
ReplyDeleteFay, thanks jugak keluarkan ayat2 Tuhan ni, terima kasih banyak2