Friday, April 20, 2012

Adab Melayu ke mana hilangnya?



Assalamualaikum kepada semua. Apa khabar semua? Dah lama kita tak berjumpa kan? Sekarang musim exam, sangatlah sibuk. Walaupun sibuk, saya masih mengikuti perkembangan di Malaysia, khusunya isu terbaru iaitu Occupy Dataran
Occupy Dataran dianjurkan oleh mahasiswa-mahasiswa yang berdemonstrasi tentang pemansuhan PTPTN dan menuntut pendidikan percuma. 
Saya yakin bahawa kalian sudah tahu mengenai perkara ini.




Hari ini, fokus saya pada adab dan tuturcara sahaja. 
Ketika diarahkan untuk mengosongkan dataran oleh pegawai DBKL, seorang lelaki yang lebih tua daripada golongan mahasiswa telah menghina seorang pegawai DBKL dengan mengatakan "tahu pun IQ awak rendah"
Kemudian, kedengaran suara "gelabah la pakcik ni" (merujuk kepada pegawai DBKL)


"Pakcik"  DBKL ini sangat lembut, penuh hemah penjelasannya.
*Boy in red, my dorm senior


Apakah semua ini? Inikah "MAHASISWA" yang cerdik, dibesarkan oleh ibu bapa yang hebat?
Dijelaskan di sini, pegawai-pegawai DBKL telah berunding dengan menggunakan bahasa yang sangat diplomatik. 
Sebagai contoh, pegawai DBKL telah membahasakan diri mereka "pakcik" dan memanggil para mahasiswa dengan panggilan "adik" ketika berunding. 
Adakah patut dibalas dengan kebiadaban serupa anjing itu?




Baru-baru ini, golongan mahasiswa ini telah diserang oleh samseng yang dikatakan sebagai samseng PEKIDA.
Saya kecewa dengan perkara ini kerna mahasiswa ini tidak melakukan kekasaran pun, meraka cuma berhimpun. 
Jadi, saya tidak memihak kepada sesiapa. 
Namun, mahasiswa mula mempersoalkan tindakan polis yang hanya berdiam diri. 
Pada pendapat saya, dulu awak maki hamun polis, sekarang nak minta tolong polis pula? Kirim salam.


Kesimpulannya, saya tidak bersetuju dengan tindakan mahasiswa yang kurang ajar kepada orang yang lebih tua. 
Juga diri ini tidak bersetuju dengan tindakan samseng-samseng tersebut. 
Sedikit pesanan kepada "Penduduk Dataran Merdeka" tersebut, anda mempunyai niat yang murni, jangan sundalkan niat itu dengan kekejian tindakan anda. 
Apabila orang suruh beredar, patuh saja, jangan melawan, ada banyak lagi cara yang lebih munasabah dan diterima akal.
Jadi mahasiswa, biar yang berilmu dan berbudi, bukan menjadi yang berilmu tetapi diri  penuh kehinaan.


Sekian, terima kasih kerna membaca, semoga rahmat Allah sentiasa bersama kalian dan keluarga, 
Assalamualaikum.

+Logik penuh budi, bukan keji+

2 comments:

  1. bagos betol mengikuti perkembangan malaysia .aku yang duduk malaysia pon taktau apa cerita haha

    ReplyDelete
  2. last point for malaysia la kot haha

    ReplyDelete