Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Terima kasih sudi singgah dan baca. Setuju tak setuju belakang kira, janji semua happy! Logic is magic :)
Wednesday, May 23, 2012
Benda kecil yang besar
Assalamualaikum semua. Harapnya korang semua sihat.
Benda kecil yang besar? Apa tu?
Sama saja maksudnya dengan benda yang remeh tetapi membawa kesan yang besar.
Sebagai contoh, semalam telah diadakan mesyuarat.
Saya dah bagi waktu 8.45 malam, tapi ada cadangan 8.15 kerna takut lewat,
so saya setuju je.
Saya bagi waktu lambat kerna ada yang berbuka puasa dan sebagainya.
Akhirnya, betul, ramai yang hadir selepas 8.45 malam.
Bukan nak membangkitkan tapi sedikit kelewatan sebenarnya membawa kesan.
Mesyuarat mula lambat dan habis lambat.
Isu kedua, mengenai teknik penjelasan idea.
Ada satu idea dilontarkan oleh pihak A kepada kami di pihak B tidak berapa lama dahulu.
Tapi, timbul persoalan yang sangat berat di akal pemikiran saya apabila ada seorang daripada pihak B bertanya berkenaan isu itu, "Siapa yang cadangkan ni?".
Oops, rompong di situ.
Bagaimana ahli di pihak sendiri tidak tahu menahu tentang idea yang disampaikan oleh pihaknya sendiri?
Kesannya, pelbagai salah faham berlaku.
Nampak?
Perkara ini nampak remeh, tetapi akibatnya sangat buruk.
Berlaku salah faham dan terdapat ahli yang keliru lagi bingung.
Harapnya lain kali, jelaskan isu itu terlebih dahulu kepada ahli sendiri supaya dapat mengelakkan salah faham.
Bukan niat di hati ingin memburukkan sesiapa atau menuding jari, tetapi inilah hakikatnya.
Masalah-masalah kecil inilah yang akan menyebabkan masalah yang sangat besar di kemudian hari, lantas menyekat pertalian silaturrahim kita.
Harapan saya, semoga masalah-masalah kecil ini dapat dielakkan demi menjaga kelancaran aktiviti-aktiviti kita selepas ini.
Jutaan terima kasih kepada yang hadir, tak mengapa datang lambat, janji anda hadir juga. Itu lebih baik daripada tidak hadir langsung.
Kalau yang ada exam boleh hadir, kenapa tidak yang tidak ada exam?
Pelik.
Ingat, kita semua berbincang bukan main-main. Ini untuk masa depan kita jugak.
Tak tahulah kalau ada perasaan "buang masa lah benda-benda ni, poyo je".
That's gonna be a very big problem for us.
Insyaallah, saya pun tidak sempurna, sepuluh jari disusun atas kesalahan tutur bicara dan budi pekerti.
Bersamalah kita perbaiki diri kita untuk Ummah.
Kalau bukan kita yang mengubah, siapa lagi?
Majulah Dentists untuk Ummah.
Sekian, terima kasih kerna membaca, tolong pesan kat kawan-kawan ye.
Moga anda dan keluarga dirahmati Allah selalu.
Assalamualaikum.
+ Logik sebenarnya tidak perlu diajar +
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment