Assalamualaikum.
Selamat pagi penuh sayang kepada semua.
Semoga sihat walafiat hendakNya.
Okay, hari ini tajuk sempoi je lah.
Pasal berita.
Jujurnya, saya dah tak percaya dengan berita-berita yang tersebar melalui Facebook.
Suruh share lah apa lah.
Paling menyedihkan apabila ia melibatkan kaum dan pemimpin kita.
Jika benar mereka salah, Islam tidak pernah membenarkan untuk kita menyebarkan aib mereka.
Lagi satu, apa tujuan 'Share' benda-benda sebegitu? Bukannya confirm lagi pun.
Bahaya, takut jadi fitnah pula.
Kalau setakat nak menunjukkan rasa benci, rasa tak puas hati, baik takyah tunjuklah.
At least orang tu berkhidmat, PERNAH berjasa untuk kita.
"Ask not what your country can do for you, ask what can you do for your country."
-John F. Kennedy-
Banyak lagi benda baik boleh dikongsikan berbanding berita-berita buruk yang belum terbukti lagi kebenarannya.
Jika benar dia salah, tak perlu dihebahkan kesalahannya atas sebab ingin memburukkan.
Guna bahasa yang sopan jika ingin menjadikannya sebagai pengajaran.
Konklusinya, sebelum menyebarkan sesuatu berita, bacalah dari banyak sumber,
jangan FANATIK dengan satu sumber sahaja.
Jangan seronok memburukkan orang, kelak kamu akan jatuh tersembam dek kerna perbuatan kamu sendiri.
Terima kasih kerna membaca.
Semoga Allah sentiasa merahmati kalian dan keluarga.
Sekian, assalamualaikum.
+ Logik itu memuliakan +
No comments:
Post a Comment