Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Terima kasih sudi singgah dan baca. Setuju tak setuju belakang kira, janji semua happy! Logic is magic :)
Wednesday, June 20, 2012
Tercicir Satu, Semua Terkait
Assalamualaikum, bertemu lagi dalam ruangan 20 Jun :)
Apa khabar semua?
Semoga sihat walafiat hendakNya.
Penulis sedang menduduki semester musim panas yang sangat panas dan kontroversi lagi meletihkan dari segi mental dan fizikal.
Bukan kerana apa, hanya kerana mungkin terlampau memikirkan kesatuan kawan-kawan yang akhir-akhir ini kelihatan semakin renggang.
Tidak mengapa, mungkin masing-masing punya jawapan tersendiri.
Peristiwa yang baru berlaku, tidak berniat mengaibkan sesiapa pun.
Penulis telah meminta agar semua kawan-kawan sebidang untuk bersama-sama berkumpul dalam melaksanakan satu program santai.
Malangnya, ada seorang dua yang kelihatan agak tegar dan tekad untuk tidak menyertai program itu.
Selepas dipujuk beberapa kali oleh kawan-kawan, barulah terbuka hati orang itu.
Penulis terfikir, di mana silap diri ini sehingga tidak mampu menarik semua orang yang berada di bawahnya?
Perasaan? Sejujurnya, sangat kecewa.
Tanggungjawab sebagai Timbalan bukanlah ringan untuk ditanggung.
Terbeban satu amanah yang bertan-tan beratnya.
Tetapi demi 'keluarga' tercinta, penulis kuatkan tekad untuk terus menyatukan 'adik-beradik' yang mempunyai karenah masing-masing.
Bukan merungut, cuma kecewa.
Maklumlah, manusia biasa, tak lari dari kelemahan.
Satu sahaja harapan diri, kita berjayalah bersama-sama.
Tak guna berjaya dengan penuh kecemerlangan jika ada daripada adik-beradik kita yang lemas di tengah lautan dalam.
Doakan penulis dapat menyatukan semua adik-beradik demi mencapai kecemerlangan bersama-sama.
*P/s -'adik-beradik' digunakan kerana penulis menganggap kawan-kawan di sini sebagai adik-beradik sendiri :)
Terima kasih kerana membaca, semoga rahmat Tuhan bersama kalian dan keluarga.
Assalamualaikum.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
chill weh..=)
ReplyDeletejgn keciwa2..^^
esok aq exm..doakan tau..
Yong, sorry baru bukak blog :)
DeleteThanks weyh, mumtazah insyaAllah