Tuesday, March 27, 2012

Mahasiswa Perlu Bijak dan Kritis



Assalamualaikum semua, apa khabar?
Harapnya kalian semua sihat sejahtera hendaknya.
Baru-baru ini saya menyertai satu program bersama Dr. Mohd. Asri bin Zainal Abidin, 
Mufti Perlis.
Apa yang beliau sampaikan adalah kebanyakannya berkisar tentang hala tuju dan tanggungjawab seorang mahasiswa.
Jadi, saya juga seorang mahasiswa, namun teringat kata pujangga seorang sahabat :


"Ramai yang bergelar 'siswa', tapi tak ramai yang boleh bergelar 'mahasiswa'"

Maksudnya, gelaran 'mahasiswa' ini bukanlah satu gelaran yang boleh dipandang enteng.
Kenapa tajuk hari ini poyo sangat?
Ya, saya akui ianya poyo, namun perkara ini harus diperjelas untuk kebaikan kita, para mahasiswa sekalian.
Saya gunakan istilah 'mahasiswa' kerna saya tahu kalian layak digelar sedemikian.


Sudah banyak demonstrasi dan aktiviti yang seumpama dengannya yang telah dijalankan oleh aktivis mahasiswa sejak dari zaman dahulu lagi.
Pada pandangan pertama, mereka kelihatan sangat ganas, ekstrem dan melampaui batas, namun cuba tafsirkan daripada sudut pandang kedua.
Mengapa mereka bertindak sedemikian?
Jawapannya mudah, kerna mereka inginkan kebenaran kembali ke tempatnya.

Mahasiswa bukanlah 'macai' atau 'keldai' pihak pembangkang mahupun kerajaa walaupun terdapat  segolongan mahasiswa yang begitu.
Mereka hanyalah satu golongan yang menentang kejahilan dan menyokong kebenaran, itu saja.

Ya, kadang-kadang, kelihatan golongan ini sangat kurang ajar, namun berilah mereka peluang untuk menuntut hak mereka. Seandainya tuntutan mereka diambil kira, mungkin kekacauan tidak berlaku.
Jiwa muda, hati bergelora, itulah anak muda, hanya pengalaman membezakan mereka dan si tua.
Si tua perlu faham akan perasaan anak muda.
Oleh itu, mungkin konsep diplomatik perlu ditujahkan disini untuk melembutkan jiwa-jiwa ini.

Kerajaan takut akan mahasiswa? Mungkin ya, mungkin tidak. 
Takut mungkin kerna kebenaran yang dibawa oleh mahasiswa sangat tulen. 
Tidak takut mungkin kerna mereka tahu bahawa mahasiswa adalah golongan berani yang akan memandu pemerintahan negara kita kelak. Mungkin juga mereka menganggap bahawa 'mahasiswa' tidak tahu apa-apa.

'Mahasiswa Timur Tengah' seperti tanggapan ramai, merupakan ancaman terbesar buat pemimpin negara.
Ini kerana fahaman agama dan pengaruh daripada revolusi tanah Arab berjaya meresapi ke dalam akal fikiran mahasiswa timur tengah.
Namun, perlu kita ingat bahawa hanya segelintir mahasiswa timur tengah yang fanatik terhadap 'pembangkang'.
Mahasiswa timur tengah tidak dinafikan, kebanyakan antara mereka kelihatan seperti memihak kepada pembangkang tetapi pada hakikatnya, tidak.
Mereka tidak memihak kepada sesiapa, mereka hanya inginkan perkara yang benar seperti kesucian Islam dan hak individu ditegakkan kembali.

Kesimpulannya, kalian yang bergelar 'mahasiswa' bukanlah calang-calang orang. 
Anda mempunyai 1 tan amanah di atas bahu kalian. 
Kita tidak mahu melahirkan 'mahasiswa' yang hanya menggoyangkan kepala menelaah kitab, tetapi kita mahukan 'mahasiswa' yang sangat berguna dari segenap aspek.
Pandai berbicara, kritis, mempunyai selautan idea, berani dan yakin.
Ingin saya tekankan lagi bahawa kami, 'mahasiswa' bukanlah penentang buta, tetapi kami pencari kebenarang berbekalkan ilmu di dada.
Para pemerintah, usah takut kepada kami kerna kita berkongsi tujuan yang sama iaitu memajukan agama dan bangsa.
Para pembangkang, kami tidak semestinya menyokong kalian. Kami bergerak atas nama kami sendiri.
Harapanku, 'mahasiswa' teruslah berjuang di jalan yang benar, namun jangan sehingga tergadai maruah agama dan bangsa.
Mudah-mudahan, kebenaran di pihak kita wahai mahasiswa. Hidup MAHASISWA!

Maaf post kali ini sedikit panjang. Terima kasih kerna meluangkan masa untuk membaca blog ini.
Sekian, semoga rahmat Allah bersama kalian dan keluarga.

Assalamualaikum wbt.

+Logik mahasiswa bererti menanglah ilmu ke atas kejahilan+

No comments:

Post a Comment