Assalamualaikum semua... apa kabo?
Baguslah kalau sihat, alhamdulillah. Hari ini, kita borak pasal permintaan.
Lebih mudah, permintaan seorang kawan atau yang sewaktu dengannya.
Ok, keadaannya macamni:
"Weh, macamana nak main gitar?", Slash tanya kat Nahar.
"Senang je, nanti aku ajar kau.", Nahar menjawab.
Seminggu kemudian, Slash tanya lagi bila nak ajar, Nahar jawab, nanti aku ajar.
Akhirnya, Slash tak belajar main pun. Hasrat dia terbantut. Dia taknak main gitar dan dia terus mati kutu kat rumah sambil bermain-main dengan kura-kuranya.
Keadaan kedua, mudah, Nahar ajar terus on the spot, dan akhirnya, muncullah nama Slash yang famous tu.
Rupa-rupanya, Slash berguru dengan Nahar hehehe.
Nampak tak? Kadang-kadang, permintaan seseorang itu kita nampak remeh, tapi sebenarnya sangat penting untuk dia. Kita seronok, malas nak layan, so kita kata, 'nanti aku bagitahu', 'nanti aku ajar', 'nanti aku jawab', padahal cakap je lah taknak. Orang tu pun boleh terima.
Jangan seronok melambat-lambatkan sesuatu urusan sebab urusan tu kadang-kadang urgent atau darurat bagi orang yang bertanya. Lambat sikit, padah. Kita sanggup tengok kawan kita sangkut? Terus tertanya-tanya, berharap yang kita akan jawab, padahal kita sebenarnya tak ambil kisah pun? Sanggup ke?
Jadi, peringatan untuk diri sendiri dan para pembaca, jangan sesekali memandang remeh terhadap permintaan seseorang kepada kita. Kita ada 'sesuatu' yang dia cari, sebab itu dia cari kita, bukannya orang lain. Kita tempat dia bergantung harap.
Kalau kita tak tolong dia, sama sahaja macam kita mengkhianati kepercayaan yang dia sandarkan pada kita. Ada lagi ruang untuk berubah.
Gerak lebih pantas, bantu lebih cepat, ukhuwah makin rapat. InshaAllah!
Sekian, semoga sentiasa diberkati Allah. Terima kasih kerana membaca.
Assalamualaikum.
+You are something you don't know+
No comments:
Post a Comment