Sihat? Alhamdulillah :)
BAM! Pintu dihempas. DUSH! Beg dihempas ke lantai.
Panas itu, kotor ini, bodoh itu, menyusahkan ini.
Biasa dengar kan? Mesti kita pernah buat. Dapat bayangkan? Sebenarnya aku tengah ceritakan situasi baru balik dari Universiti. Stress, tertekan dengan keadaan hari tu. Semua kita kutuk, sampai satu tahap, keluar kutukan terhadap Universiti kita sendiri. Kotor ah, busuk, staff macam haram, sistem sedih!
Babe, jangan gitu.
Semua itu kadang-kadang memang betul, aku tak nafikan. Memang ada masanya, diorang sangat menguji kesabaran kita.
Tapi, yang masalahnya adalah orangnya, bukan tempatnya!
Result exam, kita senyum sampai ke pipi, tapi kita kutuk bukan main pasal tempat kita belajar. Mana kita letak perasaan sayang dan hormat kita pada tempat ilmu? Percaya tak kalau aku cakap, setiap tar jalan, setiap batu bata, even pokok bunga kat Universiti atau tempat kita belajar tu, semuanya mendoakan kejayaan kita dunia akhirat, tapi kita maki hamun diorang, apa kes? Sombongnya!
Babe, manusia bukan manusia kalau tiada akal. Manusia sombong ialah manusia tanpa akal.
Manusia tanpa akal adalah bukan manusia. Mudah saja sifirnya.
Lepas ni, anything happens, kurangkan merungut, kita hebat, sebab itu banyak ujian datang menguji kita. Tapi jangan lupa, selain kita, kawan-kawan dan keluarga kita, tempat belajar kita juga mendoakan kita. Even bas yang kita naik pergi belajar pun doakan kita. Jangan bongkak sangat berdiri atas dunia ini.
Kalau benda-benda tu tak mendoakan kita, jangan harap kita berjaya macam hari ni. Kalau berjaya pun, berjaya bab exam je, bab lain? Ke laut.
Maaf agak kasar dan direct. Bukan apa, aku sakit hati tengok budak-budak ni kutuk tempat diorang belajar.
Ingat, tempat kita belajar ialah tempat ilmu, malaikat memayungi, jangan dikutuk.
Orang bijak tak bertindak macam tu.
Sekian, terima kasih kerana membaca, moga kalian sentiasa di bawah rahmatNya. Assalamualaikum.
+Pandai, semua pandai, hebat, tak semua hebat+
No comments:
Post a Comment