Sunday, December 1, 2013

Macamana skuad Harimau Malaya boleh jadi sampah? Siri 1



Assalamualaikum dan salam perpaduan. Setelah sekian lama terpisah akhirnya hari ini bertemu jua. Apa khabar? Moga korang sihat selalu. 
Apa cerita skuad bola sepak negara kita? Makin hari makin sampah. Paling malu, dulu kita laukkan Filipina, sekarang? Filipina jauh di hadapan kita. Kita nak pegang ASEAN pun tercungap-cungap. Jadi, hari ini kita berbincang, macamana skuad Harimau Malaya (skuad utama negara) boleh jadi sampah.

Kita punya liga mantap. Pemain mantap. Liga Super ke, Liga Premier ke, sama-sama hebat. Pemain import makin hebat macam Guiza, Aimar dan seterusnya. Liga hebat tetapi skuad negaranya sampah. 
Anda boleh terima? Selalunya, liga yang hebat akan menghasilkan skuad negara yang hebat kerana persaingan tempatan dan import berjaya meningkatkan prestasi pemain khususnya. Tetapi, macamana Malaysia boleh jadi sampah? Jom kita bincang.

Hari ni, kita sentuh pasal PEMAIN sahaja.

1) Mentaliti. 

Pemain kita macam biasa lah, zon selesa. Dah menang, besar kepala. Bila ada import, kata "taknak tingkatkan orang tempatan, nanti tak dapat main". Selepas tu, kalau jumpa pasukan luar, tak yakin, takut pegang bola. Rasa tak boleh menang, rasa wajib kalah. Semangat bermati-matian masa main tu takde. Gila! Main untuk kemasyhuran. 
Orang dulu main mati-mati untuk negara dik, bukan untuk masyhur.

2) Pantang ditegur.

Bila ditegur, orang tak puas hati, boleh pulak pemain jawab "ko gi main". Apa kes?!
Ei, awak tu dibayar ok, siapa yang bayar? Bos awak! Dari mana bos awak dapat duit? Duit tiket! Duit tiket dari mana? Dari penyokong! Tak tahu bersyukur punya player. Kalau awak main bagus tapi kalah, penyokong boleh terima la bang. Ini main macam ****! Penyokong datang dari jauh, balik kerja semua, datang stadium, kau hidang permainan basi, tergamak kau?

3) Kurang kemahiran asas.

Tahan bola, passing, tanduk, semua hancur! Main tembak je ke langit semua. Pastu lari kejar bola, penat. Pastu kena serangan balas, tak larat nak kejar, bolos. Pastu kalah. Korang buang tenaga kat kejar bola tinggi je. Apa kes? 

Ok tu je untuk siri ni, pasal pemain. Jumpa lagi di siri 2, mengenai semangat berpasukan.
Assalamualaikum.

Friday, June 21, 2013

Musim panas dah datang, sabar dah hilang?

Assalamualaikum, serba panas ye hari ini.
Fuh, lek, kalau semua nak sejuk, macamana baju nak kering an haha!


Ok, hari ni cerita la pasal musim panas.
Budak sekolah Jordan cuti, so banyaklah yang serabut mabut kat tepi-tepi tu an.
Kalau hati tak kuat, sudah ber'body glove' muka masing-masing.
Tapi takpe, kita steady.


Kita hidup, sabar itu peneman kita. Kita hidup, gelabah itu pendamping kita. 
Kita pilih, mana kita lebih sayang. Of course sabar isn't it? Sebab apa? 
Sebab banyak dah kita tahu pasal sabar itu, sabar ini.
Tapi tindakan kita, adakah seperti orang yang sabar?

Panas sikit, mengeluh. Silap sikit, mengeluh. Lambat sikit, mengeluh. 
Itukah tanda orang yang sabar?

Tak, orang yang sabar, in my opinion, adalah orang yang boleh stay cool even in a very bad condition. Contoh, kerja rumah banyak, kerja koko banyak, kerja itu kerja ini, tapi kita tak mengeluh, kita anggap itu penyeri hidup. 
"Wah seronoknya kerja itu kerja ini". Tapi, once kita merungut, kita akan terus merungut. Lama-lama, kita akan jadi malas macam unta padang pasir. HAHA!


Punca dia apa? Puncanya tak lain tak bukan, kita pentingkan diri kita.
Contoh, jalan sesak, kita steady cool beratur, tiba-tiba, datang kereta lain lalu lorong kecemasan, diorang nak cepat, emergency kononnya, tapi aku tengok dalam kereta, muka tak emergency pun, puih!
Itulah buktinya. Kita takkan buat macamtu kalau kita sabar beratur kan? 


So, kesimpulannya, anything we do, sabar itu kita letak tinggi-tinggi, lebih tinggi dari atas akal kita.
Orang bijak, berakal, tak bersabar, tak bijak pun. Doktor pakar, kalau dia buat surgery terburu-buru, percentage kejayaan surgery tu pun merudum kan? 
So, ingat, sabar itu sebahagian daripada iman.
Kukuhkan kesabaran, hadapi musim panas dengan tenang :)

Sekian, assalamualaikum :)

+Sabar itu logik+

Nama terukir dalam sejarah

Assalamualaikum.
Harap korang sihat.


Bayangkan, kalau nama kita terpampang kat papan kenyataan 'Pelajar-pelajar cemerlang' depan pejabat dekan @ dean's office.

Of course he/she is an excellent student. Dari segi apa? Fizikal dan mental. Ya, mungkin kita boleh hanya bermimpi, tapi jangan lupa, mimpi membuatkan kita berharap dan bertujuan, tujuan membuatkan kita berusaha untuk capai mimpi kita tadi.
Attitude. One key element in achieving our dream. Kita terus bermimpi, langkah tiada, apa pun tak dapat.

So, aku nak juga kongsi sikit tips walaupun aku ni tak sebijak dan sekacak korang.
Study smart, study hard, be what you want to be. Dentist? Act like a dentist. 
Doctor? Act like a doctor.
Bayangkan, kita cikgu contohnya, tapi muka dan perangai macam banduan, ada orang nak belajar dengan kita? HAHA contoh saja.


Konklusinya, mimpi itu boleh direalisasikan, dengan syarat, kita nak mimpi kita jadi realiti. Bagaimana?
Dengan cara belajar sungguh-sungguh. Aku memang pandai cakap je, tapi itu tak bermakna aku tak boleh berpesan kan? hehe.

Sekian, assalamualaikum.

+Nama terukir dalam sejarah hebat, jom+

Tuesday, June 18, 2013

Ilmu, layakkah kita miliki dia?

Assalamualaikum semua.
Sihat? Alhamdulillah :)


BAM! Pintu dihempas. DUSH! Beg dihempas ke lantai. 
Panas itu, kotor ini, bodoh itu, menyusahkan ini.

Biasa dengar kan? Mesti kita pernah buat. Dapat bayangkan? Sebenarnya aku tengah ceritakan situasi baru balik dari Universiti. Stress, tertekan dengan keadaan hari tu. Semua kita kutuk, sampai satu tahap, keluar kutukan terhadap Universiti kita sendiri. Kotor ah, busuk, staff macam haram, sistem sedih!

Babe, jangan gitu. 
Semua itu kadang-kadang memang betul, aku tak nafikan. Memang ada masanya, diorang sangat menguji kesabaran kita. 
Tapi, yang masalahnya adalah orangnya, bukan tempatnya!
Result exam, kita senyum sampai ke pipi, tapi kita kutuk bukan main pasal tempat kita belajar. Mana kita letak perasaan sayang dan hormat kita pada tempat ilmu? Percaya tak kalau aku cakap, setiap tar jalan, setiap batu bata, even pokok bunga kat Universiti atau tempat kita belajar tu, semuanya mendoakan kejayaan kita dunia akhirat, tapi kita maki hamun diorang, apa kes? Sombongnya! 

Babe, manusia bukan manusia kalau tiada akal. Manusia sombong ialah manusia tanpa akal. 
Manusia tanpa akal adalah bukan manusia. Mudah saja sifirnya.

Lepas ni, anything happens, kurangkan merungut, kita hebat, sebab itu banyak ujian datang menguji kita. Tapi jangan lupa, selain kita, kawan-kawan dan keluarga kita, tempat belajar kita juga mendoakan kita. Even bas yang kita naik pergi belajar pun doakan kita. Jangan bongkak sangat berdiri atas dunia ini. 
Kalau benda-benda tu tak mendoakan kita, jangan harap kita berjaya macam hari ni. Kalau berjaya pun, berjaya bab exam je, bab lain? Ke laut.


Maaf agak kasar dan direct. Bukan apa, aku sakit hati tengok budak-budak ni kutuk tempat diorang belajar. 
Ingat, tempat kita belajar ialah tempat ilmu, malaikat memayungi, jangan dikutuk. 
Orang bijak tak bertindak macam tu.

Sekian, terima kasih kerana membaca, moga kalian sentiasa di bawah rahmatNya. Assalamualaikum.

+Pandai, semua pandai, hebat, tak semua hebat+

Saturday, June 8, 2013

Permintaan Slash kepada Nahar.

Assalamualaikum semua... apa kabo?
Baguslah kalau sihat, alhamdulillah. Hari ini, kita borak pasal permintaan. 
Lebih mudah, permintaan seorang kawan atau yang sewaktu dengannya.


Ok, keadaannya macamni:
"Weh, macamana nak main gitar?", Slash tanya kat Nahar.
"Senang je, nanti aku ajar kau.", Nahar menjawab.

Seminggu kemudian, Slash tanya lagi bila nak ajar, Nahar jawab, nanti aku ajar.
Akhirnya, Slash tak belajar main pun. Hasrat dia terbantut. Dia taknak main gitar dan dia terus mati kutu kat rumah sambil bermain-main dengan kura-kuranya.

Keadaan kedua, mudah, Nahar ajar terus on the spot, dan akhirnya, muncullah nama Slash yang famous tu.
Rupa-rupanya, Slash berguru dengan Nahar hehehe.


Nampak tak? Kadang-kadang, permintaan seseorang itu kita nampak remeh, tapi sebenarnya sangat penting untuk dia. Kita seronok, malas nak layan, so kita kata, 'nanti aku bagitahu', 'nanti aku ajar', 'nanti aku jawab', padahal cakap je lah taknak. Orang tu pun boleh terima. 
Jangan seronok melambat-lambatkan sesuatu urusan sebab urusan tu kadang-kadang urgent atau darurat bagi orang yang bertanya. Lambat sikit, padah. Kita sanggup tengok kawan kita sangkut? Terus tertanya-tanya, berharap yang kita akan jawab, padahal kita sebenarnya tak ambil kisah pun? Sanggup ke?


Jadi, peringatan untuk diri sendiri dan para pembaca, jangan sesekali memandang remeh terhadap permintaan seseorang kepada kita. Kita ada 'sesuatu' yang dia cari, sebab itu dia cari kita, bukannya orang lain. Kita tempat dia bergantung harap. 
Kalau kita tak tolong dia, sama sahaja macam kita mengkhianati kepercayaan yang dia sandarkan pada kita. Ada lagi ruang untuk berubah.
Gerak lebih pantas, bantu lebih cepat, ukhuwah makin rapat. InshaAllah!

Sekian, semoga sentiasa diberkati Allah. Terima kasih kerana membaca.
Assalamualaikum.

+You are something you don't know+




Monday, May 6, 2013

Demokrasi Mudah

Assalamualaikum. Apa khabar semua? PRU 13 dah habis. 
Malas nak ulas sebab BN menang yahoo!
Then, timbullah DP Hitam. Jujur cakap, saya hormat mereka yang betul-betul faham akan tindakan mereka itu. Kalau setakat nak trending, boleh berambus.

Kata mereka, demokrasi sudah tiada. Jawapan saya mudah, kalau tiada demokrasi, 
pilihan raya takkan berjalan, AUKU takkan dimansuhkan dan banyak lagi. 

Saya persoalkan kembali, apakah demokrasi itu membenarkan semua permintaan kita ditunaikan? Mungkin sesuatu itu kita rasa penting untuk kita, tetapi pada masa yang sama menyusahkan orang lain. Malas nak ulas, korang dah besar hehe.

Hari ni topik 'Demokrasi Mudah'.

Kita sembang sana sini kata 'RIP democracy' bagailah, tapi adakah demokrasi kita, kita jalankan? 


Kita sembang demokrasi, tapi kita merokok di kedai makan atau di tempat awam, 
adakah itu demokrasi? 
Kita lupa bahawa tak semua orang merokok dan tak semua orang boleh menghidu asap rokok. Pastu asap masuk makanan, habis bertoksik makanan tu. Pastu orang lain makan. Alah, banyak kesannya. Itu belum merokok dalam bas lagi. 




Kita sembang demokrasi, tapi kita bising masa kawan kita belajar (aku selalu buat ni huhu). Kita patut hormat diorang, jangan buat bising, diorang tak boleh nak fokus. Dalam library, dah serupa pasar malam pun ada.


Kita sembang demokrasi, tapi kita guna kata kesat dalam bercakap (selalu buat jugak T.T). Kita lupa, kata-kata kesat itu menyakitkan hati kawan kita, itu juga melanggar konsep demokrasi.

Kita sembang demokrasi, tapi adakah kita jujur?
Bila tiba bab SPBT, Skim Pinjaman Buku Teks, ramai pulak yang dapat (zaman saya dulu la). Tengok kereta mak ayah canggih, moden, sport bagai, tapi anak dapat SPBT. 
Tak logik kan? Sedar tak, kita tak demokrasi dalam hal ni? Kita dah ambil hak orang lain.


Kita sembang demokrasi, tapi hubungan kita dengan ahli rumah kita macamana? Duduk bilik sorang-sorang, adakah itu demokrasi? Lupakah kita, bahawa kita ada tanggungjawab kepada ahli rumah kita? Bukan sekadar bayar sewa, bayar duit dapur, tak! Itu hanya satu daripada tanggungjawab kita. Tanggungjawab kita lebih banyak, tanya khabar, senyum, doakan dalam solat, sembahyang sama-sama, masak sama-sama, berhibur, bergurau senda, itu semua tanggungjawab kita. Kalau setakat bayar sewa je, baik kamu keluar, duduk bilik sewa sorang-sorang, habis cerita.

Kesimpulannya, demokrasi tidaklah bermaksud semua orang dapat apa yang dia nak. Demokrasi bermaksud adil dan saksama dalam keadaan tertentu sahaja. Ada masa, demokrasi itu dah terhidang, tapi kita yang tak nampak kerana dah tertutup hati. Kalau semua benda demokrasi, Raja-raja dan Sultan-sultan kita dah lama 'bungkus'. Ada masa, demokrasi membunuh. Suatu hari nanti, korang akan faham. 

Akhir kata, jangan sedih, keadaan PRU kita sekarang ini untung untuk kedua-dua pihak, baik BN mahupun PR kerana mereka saling bersaing dalam menzahirkan yang terbaik untuk kita semua. Jangan bermasam muka, politik itu tidak terbanding dengan kebahagiaan yang kita ada sekarang ini. Sekian, terima kasih.

+Demokrasi, kita yang laksanakan+