Thursday, May 24, 2012

Berita Sekadar Medan Peperangan



Assalamualaikum.
Selamat pagi penuh sayang kepada semua. 
Semoga sihat walafiat hendakNya.


Okay, hari ini tajuk sempoi je lah.
Pasal berita. 
Jujurnya, saya dah tak percaya dengan berita-berita yang tersebar melalui Facebook.
Suruh share lah apa lah.
Paling menyedihkan apabila ia melibatkan kaum dan pemimpin kita.
Jika benar mereka salah, Islam tidak pernah membenarkan untuk kita menyebarkan aib mereka.
Lagi satu, apa tujuan 'Share' benda-benda sebegitu? Bukannya confirm lagi pun.
Bahaya, takut jadi fitnah pula. 
Kalau setakat nak menunjukkan rasa benci, rasa tak puas hati, baik takyah tunjuklah. 
At least orang tu berkhidmat, PERNAH berjasa untuk kita.




"Ask not what your country can do for you,  ask what can you do for your country."
-John F. Kennedy-


Banyak lagi benda baik boleh dikongsikan berbanding berita-berita buruk yang belum terbukti lagi kebenarannya.
Jika benar dia salah, tak perlu dihebahkan kesalahannya atas sebab ingin memburukkan.
Guna bahasa yang sopan jika ingin menjadikannya sebagai pengajaran.


Konklusinya, sebelum menyebarkan sesuatu berita, bacalah dari banyak sumber, 
jangan FANATIK dengan satu sumber sahaja.
Jangan seronok memburukkan orang, kelak kamu akan jatuh tersembam dek kerna perbuatan kamu sendiri.


Terima kasih kerna membaca. 
Semoga Allah sentiasa merahmati kalian dan keluarga.
Sekian, assalamualaikum.


+ Logik itu memuliakan +

Wednesday, May 23, 2012

Benda kecil yang besar



Assalamualaikum semua. Harapnya korang semua sihat.
Benda kecil yang besar? Apa tu?
Sama saja maksudnya dengan benda yang remeh tetapi membawa kesan yang besar.




Sebagai contoh, semalam telah diadakan mesyuarat.
Saya dah bagi waktu 8.45 malam, tapi ada cadangan 8.15 kerna takut lewat,  
so saya setuju je.
Saya bagi waktu lambat kerna ada yang berbuka puasa dan sebagainya.
Akhirnya, betul, ramai yang hadir selepas 8.45 malam.
Bukan nak membangkitkan tapi sedikit kelewatan sebenarnya membawa kesan.
Mesyuarat mula lambat dan habis lambat.




Isu kedua, mengenai teknik penjelasan idea.
Ada satu idea dilontarkan oleh pihak A kepada kami di pihak B tidak berapa lama dahulu.
Tapi, timbul persoalan yang sangat berat di akal pemikiran saya apabila ada seorang daripada pihak B bertanya berkenaan isu itu, "Siapa yang cadangkan ni?".
Oops, rompong di situ. 
Bagaimana ahli di pihak sendiri tidak tahu menahu tentang idea yang disampaikan oleh pihaknya sendiri?
Kesannya, pelbagai salah faham berlaku.
Nampak? 
Perkara ini nampak remeh, tetapi akibatnya sangat buruk.
Berlaku salah faham dan terdapat ahli yang keliru lagi bingung.
Harapnya lain kali, jelaskan isu itu terlebih dahulu kepada ahli sendiri supaya dapat mengelakkan salah faham.


Bukan niat di hati ingin memburukkan sesiapa atau menuding jari, tetapi inilah hakikatnya.
Masalah-masalah kecil inilah yang akan menyebabkan masalah yang sangat besar di kemudian hari, lantas menyekat pertalian silaturrahim kita.




Harapan saya, semoga masalah-masalah kecil ini dapat dielakkan demi menjaga kelancaran aktiviti-aktiviti kita selepas ini. 
Jutaan terima kasih kepada yang hadir, tak mengapa datang lambat, janji anda hadir juga. Itu lebih baik daripada tidak hadir langsung. 
Kalau yang ada exam boleh hadir, kenapa tidak yang tidak ada exam? 
Pelik. 
Ingat, kita semua berbincang bukan main-main. Ini untuk masa depan kita jugak. 
Tak tahulah kalau ada perasaan "buang masa lah benda-benda ni, poyo je".
That's gonna be a very big problem for us.




Insyaallah, saya pun tidak sempurna, sepuluh jari disusun atas kesalahan tutur bicara dan budi pekerti.
Bersamalah kita perbaiki diri kita untuk Ummah. 
Kalau bukan kita yang mengubah, siapa lagi?
Majulah Dentists untuk Ummah.
Sekian, terima kasih kerna membaca, tolong pesan kat kawan-kawan ye.
Moga anda dan keluarga dirahmati Allah selalu.
Assalamualaikum.


+ Logik sebenarnya tidak perlu diajar +

Thursday, May 17, 2012

Selamat Hari Ibu dan Selamat Hari Guru



Assalamualaikum semua. Bertemu kembali.
As you all know, May is a month full of special days such as Labour Day, 
Mother's Day and Teacher's day.
So, today's topics are Hari Ibu and Hari Guru.




First of all, Selamat Hari Ibu kepada mama tersayang, Rusnani Binti Sukri, 
love you very much <3.
Selamat Hari Guru juga kepada semua guru yang masih mengajar atau yang pernah bergelar guru.
Selain itu, marilah sedekahkan al-Fatihah kepada arwah ibu kawan-kawan kita dan 
arwah guru-guru kita yang terlebih dahulu pergi bertemu Ilahi.




We all know that our parents and teachers had done a lot for us, right? 
But, that's not the issue today.
The issue is when we have some people yang kata hukum menyambut Hari Ibu adalah haram.
Is it true? Need help here, friends.




Kenapa benda baik perlu di'haram'kan? Kenapa sambutan Tahun Baru 'halal'
HAHA funny beb.
Hari Ibu disambut sebagai satu hari istimewa, yang disambut oleh satu dunia, untuk meraikan ibu tercinta.
Memang setiap hari kita katakan Hari Ibu tapi Hari Ibu ini ditetapkan dan diselaraskan 
di seluruh dunia supaya kita semua dapat bersama dan bersatu dalam meraikan Hari Ibu.
Bukannya kita pergi gereja ke, kuil ke kalau kita sambut Hari Ibu kan?
Niat itu harus kukuh saudaraku.




Tolonglah, jangan sempitkan pemikiran.
Islam itu sangat universal dan menyeluruh.
Kalau perkara sekecil ini pun jadi isu, no wonder lah Islam kekal pada reputasi sekarang.
Maaf, tapi itu hakikat.




Kesimpulannya, selagi benda itu baik dan menuju kepada kebaikan dan rahmatNya, teruskan.
Kalau sebaliknya, elok dihentikan.
Mudah, Islam itu mudah, namun jangan diambil mudah.




Jasamu tidak dapat dibalas dengan apa cara pun, hanya doa dapat ku hulurkan dari jauh, 
buatmu Mama, adik di sini tak pernah lupakan mama, moga sentiasa bahagia di rumah bersama abah. 
Semoga Allah sentiasa merahmati mama, abah dan abang.
No teacher as good as you, Mama :)


Cikgu, 
segala kejayaanku hari ini adalah hasil tunjuk ajarmu yang tidak pernah kenal erti lelah. 
Terima kasih banyak-banyak, cikgu. 
Moga Tuhan kurniakan yang terbaik untuk cikgu. 
Dari jauh ku pohonkan doa penuh rindu untukmu cikgu.


+ Logik itu mudah dan penuh kasih +

Wednesday, May 16, 2012

Ucap Terima Kasih Itu Mudah :)



Assalamualaikum semua, apa khabar? Harapnya kalian sihat walafiat.
Wah, lama tak jenguk blog ni, akhirnya kembali juga. Bukan apa, sibuk dengan exam la beb.
*Sorry, bahasa rock, malas nak formal sangat :D




Today's topic, Terima Kasih Semua :)
Baru-baru ni baru pulang dari Malaysia tercinta sempena perkahwinan abang tersayang 
(my only brother and sibling).
Switched on the TV and then, a commercial break appeared.
Iklan tu pasal "Kempen Ucapkan Terima Kasih" or something like that.
Oh God, ucap terima kasih pun kena berkempen ke?
Apa dah jadi sekarang ni?


Actually, post ni untuk saya dan anda juga. 
Saya dah lama dah perasan masalah liat untuk mengucapkan terima kasih ni.
Mungkin bukan semua, tapi hanya segelintir.
Susah sangat ke nak ucap dua perkataan ni? 
Ucap 'I miss u so much' kat awek boleh, cakap terima kasih tak boleh?




Dulu-dulu, abah, mama, abang selalu ajar, "cakap apa dik?"... aku pun cakap lah, "terima kasih".
Betapa nilai ucapan terima kasih itu sangat besar sehinggakan kita dilatih untuk 
ringan mulut berterima kasih kepada orang sejak kecil lagi.
Senang je nak amalkan, kalau ada orang bagi barang, cakap je terus, "terima kasih", 
sambil senyum, senang kan? 
Tak pakai kalori pun.




Saudaraku, Islam dan adat Melayu tidak banyak canggahnya. 
Islam dan adat menekankan amalan berbudi bahasa. 
Tak perlu kempen. 
Itu semua atas kesedaran diri, atas rasa cinta dan sayang. 
Ikhlas itu penting. 




Orang kata, orang Melayu ni kaya budi bahasa. 
Hakikatnya, terima kasih pun liat nak ucap, apakan lagi nak ucap terima kasih pada Tuhan? Jaga hubungan sesama manusia dan Allah, insyaAllah semuanya baik. 
Tak guna baik dengan Tuhan saja kalau saudara disebelah tidak dipedulikan.


Maaf kerna kata-kata hari ini sedikit rojak dan kasar. 
Diri ini tak sempurna, sedang diperbaiki jua. 
Marilah ringankan mulut untuk mengucapkan 'Terima Kasih'.
Sekian, terima kasih kerana membaca, moga kalian dan keluarga sentiasa di bawah payung rahmatNya.
Assalamualaikum.


+ Logik tanpa budi itu keji +