Wednesday, February 29, 2012

Takut Balik Ke Muka Sendiri



Assalamaualaikum, salam kasih penuh ikhlas kepada semua.
Dah lama tak post, hope korang sangat sihat dan bahagia okay.


Apa tajuk tu? Takut balik ke muka sendiri?
Faham kan? Alah, macam meludah ke langit jugak la lebih kurang :)
Okay, terus ke cerita kali ni. *Awal-awal cakap, bukan semua ye, hanya segelintir je :)


Sedikit kecewa la melihat gelagat student perempuan yang kadang-kadang terlebih sombong.
I mean sombong boleh sebab jaga pandangan ++, but ini kes terlebih sudah.
Kalau orang lambai, boleh je kan lambai balik?
Kenapa buat muka marah, muka kerek kalau jumpa lelaki Melayu?
Kat Arabs tak buat macamtu pulak?


Okay, pasal takut balik ke muka sendiri.
Aku maksudkan diorang yang terlebih sombong ni, dalam apa-apa hal, still diorang kena cari lelaki, bukan nak bangga tapi itu hakikat.
Nak jalan-jalan malam, balik kelas lewat, pergi kelas agama, semuanya kena mintak lelaki teman.
Sorry to say it but I have to.
Senang cakap, jangan malu sendiri la kalau laki yang diorang sombongkan, bencikan, laki tu jugaklah yang teman dan tolong diorang tanpa mengira tempat dan masa.
Tak payah nak sombong sangatlah kan dengan lelaki yang selalu tolong diorang.


Kesimpulannya, aku memang bukan budak baik, tak reti ikhtilat semua ni, tapi aku tak rasa ikhtilat jadikan kaum Hawa ni boleh berperangai 'sorry-to-say agak kurang ajar' di situ.
Memang ilmu aku tak sebanyak diorang, but at least, aku dan kawan-kawan tak pernah memilih paras untuk membantu.
Harapannya, bertegur sapa lah selagi boleh kerana kita semua satu, yang membezakan hanya jantina.
Thanks for reading, may Allah blesses you and your family all the time.
Assalamualaikum.


+Jasa orang jangan dilupa+

3 comments:

  1. utk sape ni? aku rase aku taw.....hehehe

    ReplyDelete
  2. hah? bile lak korang ni ade? HAHA.. tak kira la siapa pon.. yang penting ade :)

    ReplyDelete