Assalamualaikum semua! Mesti semua sihat-sihat kan? Alhamdulillah ^^
Hari Sabtu lepas, kitorang diberi pesanan, supaya mengamalkan budi bahasa dan adab-adab dalam berbicara.
Ramai remaja khususnya dah mula tinggalkan budi bahasa, yang tahu hanyalah carutan, itu saja.
Sikit-sikit mencarut, waduhhh!
Mungkin kita terlepas pandang, jadi, hari ini mungkin aku boleh berkongsi sikit pasal teknik berkomunikasi ini.
Tak susah langsung, sangat MUDAH.
1) Maniskan senyuman, mula dengan salam, hai, melambai tangan atau yang sewaktu dengannya.
2) Gunakan Encik sekian, Puan sekian, atau panggilan hormat lain, elakkan guna nama.
3) Jika ingin meminta bantuan, gunakan "maaf", "excuse me".
4) Ucap "silakan" jika memberikan sesuatu.
5) Jika menunjukkan arah, gunakan ibu jari, bukan jari telunjuk.
6) Kurangkan "aaaa...aaa", tarik nafas dalam-dalam, kemudian lafazkan.
7) Banyakkan bercakap, jangan hanya menggunakan
8) Kalau tak tahu, berterus terang, itu lebih baik.
9) Paling penting, cakap dengan jelas, jangan cakap macam mat dadah.
10) Pandangan mata jangan melalut, sila pandang pada orang yang sedang bercakap.
11) Ucap "terima kasih" dalam segala hal. Tak rugi apa-apa pon :)
Senang saje kan? Indah bahasa ni, seindah tuannya.
Mudah-mudahan aku membantu sedikit sebanyak dalam melancarkan komunikasi seharian kita.
Moga kita peroleh kebaikan bersama di samping menjalani hidup yang lebih mesra.
Terima kasihlah sebab sudi baca blog yang urmmm huhu ni haha :D
Moga Allah berkati anda dan keluarga.
Assalamualaikum.
+Siapalah bahasa tanpa budi+
No comments:
Post a Comment