Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Terima kasih sudi singgah dan baca. Setuju tak setuju belakang kira, janji semua happy! Logic is magic :)
Friday, July 10, 2015
Jumaat di Greece
Salam Ramadhan al-Mubarak. Harap semua sihat walfiat.
Di petang Jumaat ni,
tiba-tiba aku teringat kat saudara seIslam aku di Athens,Greece.
Ya, merekalah yang menyelamatkan aku dan Ikmal masa berjalan kat sana cuti hari tu.
Kalau takde diorang, kelaparan la kitorang.
Kat Greece memang payah gila nak cari makanan halal.
Nasib baik ramai bhai-bhai ni buka kedai makan.
Murah-murah pulak tu. Tauke kedai pun baik gila sumpah.
Hari Jumaat tu, kitorang nak cari makan.
Kitorang pun pergilah kat kawasan diorang di Menandrou.
Tengah jalan, kebetulan terjumpa masjid, kecik je, kat bawah tanah, yang macam dalam gambar atas tu.
Alhamdulillah, dapat solat Jumaat kat situ.
Sebelum gerak ke Itali, kitorang solat lagi kat situ untuk maghrib dan isyak.
Greece, macam yang kita tahu, dah bankrupt. Apalah nasib bhai-bhai ni.
Moga Tuhan luaskan jalan, limpahkan rezeki dan mudahkan kehidupan diorang semua.
Tanpa bhai-bhai ni, apalah nasib perantau Islam di Greece.
Moga Allah rahmati korang bhai.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment