Monday, September 8, 2014

Kadang-kadang kena diam

Salam. 

Makin banyak jari menaip, makin banyak mulut bersuara. Itu tak betul, ini salah. Semua salah. 

Ya, memang benar, banyak yang salah kat luar tu, tapi apa yang kita buat selain mengritik? Ada perubahan yang kita buat? Ada idea? Atau hanya duduk main facebook dan mengomel saja? Kita umat berfikir, alhamdulillah. Tapi, adakah kita umat berusaha? Ada ya, ada tidak.

Jika kita berusaha, tiada masalah wujud di dunia ini. Buang anak, rempit, hisap gam, seks bebas, semua tu takde kalau kita umat berusaha. Tapi tak! Kita hanya umat berfikir tanpa usaha. Mana nak berubah? 

Konon berjuang, berjuang untuk apa? Bangsa? Berbondong berjuang untuk bangsa. Agama? Kopiah je mahal, mulut, perangai, kalah budak juvana. Negara? Harap-harap adalah yang patriotik.

Kadang-kadang, kita kena diam kejap, berhenti mengkritik dan cuba hargai apa yang ada. Jangan bandingkan dengan benda lain kalau usaha kita tak keluarkan peluh pun. Nak cakap aku macai, silakan. Aku dan kawan-kawan aku, aku yakin, kami golongan berfikir dan berusaha, kau ada?

Chow.

Thursday, May 1, 2014

Taktikal Manchester United



Assalamualaikum. Jom kita kaji punca kegagalan Moyes. 
Walaupun beliau ada membawa kemenangan, tetapi konsistensi prestasi pasukan naik turun. Apa puncanya? Jom!

1- Pengurusan
Assistant manager dan coaching lines yang dirombak total. Kurang pengalaman dan komunikasi sesama mereka.

2- Welbeck
Terlalu fancy dan tidak mempunyai instinct dan desire untuk score. 
Penyudah out!

3- Kagawa
Fungsinya tidak jelas. Adakah perlu cross? Playmaker? Box to box man?
Kegagalan menetapkan role Kagawa menjadikan Man Utd bermain seperti tiada hala tuju.

4- Sering partner kan Carrick dan Fletcher
Kedua-dua mereka adalah defensive-minded. Hanya mengharapkan Mata untuk membuka game amat sukar. Jurang antara Carrick, Fletcher dan Mata selalu dieksploit oleh pihak lawan.

5- Valencia
Crossingnya sering kali kandas. Kurang kreativiti.

6- Pertahanan
Sering loose marking. Terutamanya Smalling. Evra, lambat balik selepas overlap. Rafael, selalu buat foul bodoh. Jones, ada peningkatan.

7- Gameplay
Moyes suka guna game sempit atau 'narrow wing'. Tetapi tidak menjadi apabila berdepan dengan pasukan yang hebat seperti big 4. 
Natijahnya, gagal menjaringkan gol.
Sering lambat melancarkan serangan kerana pemain tidak bergerak mencari ruang.

Takat ni je pandangan aku. Jom share pandangan korang :)
Terima kasih.

Aku Skeptik Sekolah Agama (ASSA)



Assalamualaikum. 
Habis sekolah rendah agama dulu, aku nekad taknak belajar arab. 
Memang aku taknak belajar. Tawaran ke SMKA aku tolak mentah-mentah.
Aku memang taknak.

Masuk SMK, kemudian ke Sekolah Sains. Mengikut percaturan, alhamdulillah.
Fly oversea Jordan. Ok, peluang menuntut ilmu. Bermulalah budaya arab dalam hidup aku.

Ini bukan masalah, aku boleh adapt. Yang masalahnya ialah SEGELINTIR daripada pelajar Malaysia kat sini (Irbid, Jordan).

1- Kebanyakan mereka ialah pelajar dari sekolah agama.
Aku memang pandang tinggi dak-dak sekolah agama. Serius. 
Pandai cakap arab, hafiz, hafal dalil dan perangai pun baik-baik.

Masalah terjadi bila satu-persatu pandangan aku meleset.
Masalah disiplin. Masalah adab. 

Aku ingatkan, kat sini, aku paling teruk. Rupanya ada lagi teruk dan lebih menyedihkan, ada yang datang dari sekolah agama.

Ingin aku tekankan, memang budak sekolah agama pun manusia biasa. 
Tak terlepas dari kesilapan. Tapi aku still culture shock la sebab aku ingat budak sekolah agama semua baik. Dak-dak sekolah agama dapat ilmu lebih, ye lah, semua ilmu berkaitan al-quran dan sunnah. Kami ni sekolah biasa je.

Sejak akhir-akhir ni, laki ngan perempuan tak kisah dah sekolah apa, 
gaul dah macam kuah rojak pun takde hal. Komon sen? Campak laut.

Aku taknak imej sekolah agama tercalar hanya kerana segelintir produknya yang tersilap langkah. Mohon jaga nama baik sekolah kita.

Sekian, jangan jadi fitnah agama. Terima kasih.

Tuesday, April 29, 2014

Aku Dah Letih



Assalamualaikum. Semoga korang sihat selalu. 

Dah hampir 3 tahun aku belajar Dentistry kat tempat orang. 
Tekanan dia lain beb. Ni aku nak cerita:

1- Of course, material kitorang banyak. Banyak, tak jadi masalah. Jadi masalah bila tiada sistem yang teratur. 

2- Arab takde sistem. Masuk lab, tengok video je banyak. Masuk lab, kena bawak gigi sendiri. Banyak benda kena buat sendiri. Pihak Universiti macam tak banyak buat benda.

3- Perangai arab tu sendiri. Tadi, dalam lab, dah serupa pasar dah dia punya hingar. God, please make them better. TAPI, kat Malaysia pun aku rasa lebih kurang je perangai student kita.

4- Pengangkutan ke U yang jauh. Dari rumah, pergi dulu ke stesen bas, then baru gerak ke U. Masa diperuntukkan, 45 minit paling cepat boleh sampai.

5- Musim panas dah mula. Bila balik rumah, turun bas, peh, rasa lain macam panas dia. Paling panas boleh pergi, 36-40 degree celsius. Serius.

6- Sesama melayu. Aku letih tengok perdebatan sia-sia yang banyak student kat Irbid, Jordan ni buat. Takyah la debatkan benda-benda yang tak perlu ni.
Keruhkan keadaan je lebih.

Kenapa aku baru cerita walaupun dah hampir 3 tahun duduk sini?

1- Aku dah sampai tahap fatigue. Ponteng kelas. Burnout. Belajar pun kadang-kadang sekali lalu. Rimas dengan kondisi masyarakat.

2- Nak cerita bahawa duduk oversea bermakna penyeksaan. Mental dan fizikal.
Aku tumbuk je orang yang cakap best gila duduk oversea.

3- Duduk oversea memang best, bab makan. Bab masyarakat tempatan, bolehlah, tapi banyak sangat yang buruk berbanding baik.

4- Aku taknak korang yang duduk oversea ni datang sini dengan tanggapan bahawa oversea ni indah. Datang sini, struggle, belajar elok-elok, jadi produk yang terbaik.

5- Setiap kali aku letih, aku ingatkan diri, bersusah dulu, bersenang kemudian.
Walaupun aku cepat fed-up, aku syukur kerana letih itu datang. 
Ini bermaksud aku ada buat something kat oversea ni, bukan sekadar tangkap gambar dan fake the life saja.

Sekian, terima kasih. Assalamualaikum.
#nopainnogain

Sunday, April 27, 2014

Last minute



Assalamualaikum. Apa khabar? Aku selsema sikit.

Aku seorang last-minuter. Senang cerita, semua benda aku suka kumpul, 
then lastly, baru aku mula buat.

Keburukan? Memang banyak. 
Aku pun tak tahu kenapa aku still seorang last-minuter even aku tahu keburukan dia banyak tahap goku.

1- Kelam kabut
Memang semua benda jadi tak teratur. Sana-sini bersepah. Material exam, sehari sebelum exam baru download, baru nak selak. Dangerous gila.

2- Resah
Confirm, aku akan rasa resah. Tengah main game, layan lagu, hati resah manjang. Ye lah, orang lain dah habis hadam material, aku hadap pun belum. 
Senang cerita, aku hidup dalam keadaan yang serba resah lah.

3- Tanggapan orang
"Belajar weyh", "kau dah habis ke". Ni semua dialog common la kalau diorang nampak batang hidung aku. 
Jawapan aku? "Belum", sambil sengih kambing la ofkos.

4- Risiko nak faham
Aku boleh je habiskan material, main skip-skip, tackle soalan.
TAPI! Aku tak jamin aku betul-betul faham. Aku tawakal je la apa yang aku baca masuk, dan apa yang aku tak baca, tak masuk. Siyes, tak tipu.

Teruk kan? Memang teruk wey. Belajar medic/dentistry bukan senang. Material banyak gila. TAPI, kenapa aku still a last-minuter? Nah, ini sebab dia:

1- Style
Memang style aku gini. Aku takkan boleh study kalau otak aku tak kosong lagi. Bukan kosong semata-mata, maksud aku, kosong is fully prepared to be filled with new data. Haaa style kan? HAHAHA!

2- Ketenangan
Tadi cakap resah? Tu masa sebelum belajar. Tapi bila aku dah start enjin, aku memang tenang baca. Senang je masuk. Sebab aku dah fully prepared untuk that new data.

3- Laju
Aku memang bukan budak pandai. Kebolehan aku hanyalah boleh membaca laju. Macam scanner la. Bila aku laju, aku rasa ada force yang push aku. 
Itu pasal aku lebih fokus. Senang cerita, aku rasa tercabar dan thrilled!

4- Keseronokan
Bila last minute ni, kau seorang je tahu betapa susahnya dan menyesalnya tak belajar awal. Dan penyesalan itulah yang keep on pinching your brain, 
"kamon, kamon! Nak tak nak kau kena baca". 
Yes, penyesalan itu yang menjadikan aku seperti ini.

5- Kualiti
Aku jamin, bila kau dah sepenuh hati dan fokus kat kerja kau dalam masa yang singkat, kualiti dia terbaik dari ladang. Tak percaya? 
Cuba kau pergi masak. 5 minit je kau ada masa. Dengan rushingnya, dengan laparnya, kau akan pergi masak sepenuh hati. Pure cooking la orang kata. Berbeza dengan masak santai, takde pressure, masak pun suam-suam je. Macam tu juga aku.

Aku menulis ni, bukan untuk brainwash korang to be last-minuter, 
tapi aku cuma nak bersihkan nama kami golongan last-minuter. 
Kami tahu, cara ni bahaya. Tapi jangan risau, memang cara kami begini. 
Kalau boleh ubah, kami ubah, tapi kalau tak boleh, biarkan sajalah. 
Jangan berhenti push kami untuk jadi early-minuter. 

Thanks for reading, assalamualaikum. 
#Esok aku exam, doakan :D


Monday, January 20, 2014

Jaga MULUTMU der


Assalamualaikum. Hai, pekabo? Alhamdulillah, aku pun sihat.
Der, nak cerita ni, dah tahun baru ni, macam-macam azam kan, MULUT  kita ada azam baru tak? Ke sama je lancang macam tahun lepas?

Terlajak perahu boleh undur, terlajak kata merana diri. Dari zaman dulu kita dah diingatkan pasal ni. Masing-masing tahu, kerana mulut badan binasa tapi berapa ramai yang sedar yang dia tengah membinasakan bukan saja diri dia malah diri orang lain gak?

Ada orang memang jenis mulut lancang, laser, dia expect kita faham dia. Ok takpe tapi lama-lama, orang meluat jugak der . Bahaya. Takut nanti salah faham, sakit hati semua bercampur. Bala bala.

Kita selalu rasa pendapat kita betul, kita nak orang terima. Itu lumrah. Biasalah tu. Tapi sedar tak, dek kerana terlalu keras kepala dan tak pedulikan perasaan orang lain, kita dah sakitkan hati orang? Salah dengan Tuhan boleh doa minta maaf, salah dengan orang, kau pergi depan dia, kau minta maaf. Tu je caranya.

Apa pun pendapat kita, pendapat orang kita hormat. Jangan keras kepala. Letak akhlak dan budi bahasa tinggi-tinggi. NOMBOR 1. Tak perlu nak hebah-hebah pun, bukan susah nak jaga bahasa der. 

Sekian, post ni umum tapi siapa terasa, mohon terasa dalam-dalam. Puas aku perhati. 
Maaf salah silap, terima kasih baca.
Assalamualaikum.

Monday, January 6, 2014

Makan free

Assalamualaikum dan selamat tahun baru! Harap korang semua sihat walafiat aminn.
Tahun baru, azam baru, perancangan kewangan baru. Alhamdulillah satu hari itu, kawan kita menjamukan makanan untuk kita. Alhamdulillah, save bajet hehe.

Alhamdulillah, sedap. Makan free la katakan. Tiba-tiba, ada seorang ni dia komen macam-macam pula.
Adik, benda percuma ni, kira untung kau tak payah bayar, tak payah masak, tak payah basuh pinggan kan.

Inilah masalah pada adab kita. Kita kurang pandai berbicara dan berkomunikasi. Terasa hati kawan kita tu, penat dia masak. Nak potong bawang apa semua. Tenaga dan masa tu. Ye lah, mungkin kita kata "aku tak minta pun, dia yang bagi", tapi kita makan juga makanan yang dia masak kan?

So, aku nak kongsikan beberapa cara yang aku dan kawan-kawan aku telah amalkan. Makan kenyang, persahabatan kental!

1) Terima dengan senyuman. Jangan masam muka. Rezeki tu. Seronok hati tuan punya makanan kan.
2) Ucapkan 'terima kasih'. Tak sampai 3 saat pun nak ucap. Benda mudah. Ingat, ni benda orang bagi. Syukur alhamdulillah.

3) Hargai makanan tu. Jangan suka komen, jangan merungut. Sakit hati si pemberi. Bahasa pasarnya, orang dah bagi tu kira cukup baiklah kan. Jangan komen, jaga hati orang. Telan je dulu. Sedap tak sedap belakang kira.

Itu saja cara yang aku rasa paling penting. Bukan untuk makanan saja, benda lain pun boleh amalkan cara ini macam hadiah, bagi pinjam barang dan sebagainya. Apa-apa pun, ingatlah, cuba berdiri dalam kasut orang lain. Inshaallah, kita akan lebih menghargai dan memahami.

Terima kasih kerana membaca, salam! :)