Saturday, July 11, 2015

Bagilah duit raya, jangan kedekut

Credit to owner

Salam. Raya dah dekat. Dah masukkan duit raya dalam sampul raya? 
Bila menjelang raya, soalan yang sama akan muncul, nak kena bagi berapa duit raya tahun ni.
Lagi-lagi bila Ringgit Malaysia merudum teruk.
Sampaikan banyak kali kita tengok kat FB dan wasep menyatakan yang tahun ni duit raya takkan diberi. Kalau diberi pun, hanyalah sampul kosong. 
Keji gila kan?

Dulu masa kecik-kecik, abah selalu bawak aku beraya, wajib. 
Tapi yang pelik, anak tuan rumah pulak yang dapat duit raya dari abah. 
Kalau diorang datang beraya rumah aku, dapat lagi duit raya. 
2 kali dapat duit raya.
Kadang-kadang, tak raya pun dapat duit. 
Asal datang rumah je boleh dapat duit.
(Semua ni kena ikut perangai la hahaha)
Abah bukan kaya pun. Juruteknik je. 
Mama tak kerja pon bagi duit raya gak hasil menjahit. 
Tapi, kenapa diorang boleh bagi duit raya, bukan 50 sen singgit. Lebih dari tu. 

Ini sebabnya.
Apa yang mama selalu bagitahu, kita ni nak tunggu ada duit banyak, sampai mati pun tak cukup, sampai matilah tak memberi. 
Kita anggaplah duit-duit raya yang kita bagi tu satu sedekah, inshaAllah, Allah murahkan rezeki kita. 
Kadang-kadang rezeki tu bukan dalam bentuk duit je. 
Kesihatan, masa, pandai, semua tu rezeki. 
Alhamdulillah, abah ngan mama pun dah dapat tunaikan haji, dapat cucu 2 orang, dan banyak lagi rezeki lain walaupun duit tak banyak mana.

My point here is jangan kedekut. 
Satu sen kita bagi, 10 kali ganda Tuhan balas. 
Jangan la sebab duit ringgit jatuh terus tak bagi duit raya. 
Kanak-kanak tu punca rezeki. 
Tak mustahil kita dilimpahkan rezeki even dengan hanya memberi duit raya. Kekayaan bukan pada jumlah duit yang kita miliki, tapi pada jumlah yang kita berikan.

Salam.



Friday, July 10, 2015

Jumaat di Greece


Salam Ramadhan al-Mubarak. Harap semua sihat walfiat.

Di petang Jumaat ni, 
tiba-tiba aku teringat kat saudara seIslam aku di Athens,Greece.
Ya, merekalah yang menyelamatkan aku dan Ikmal masa berjalan kat sana cuti hari tu.
Kalau takde diorang, kelaparan la kitorang. 
Kat Greece memang payah gila nak cari makanan halal. 
Nasib baik ramai bhai-bhai ni buka kedai makan.
Murah-murah pulak tu. Tauke kedai pun baik gila sumpah.

Hari Jumaat tu, kitorang nak cari makan. 
Kitorang pun pergilah kat kawasan diorang di Menandrou. 
Tengah jalan, kebetulan terjumpa masjid, kecik je, kat bawah tanah, yang macam dalam gambar atas tu. 
Alhamdulillah, dapat solat Jumaat kat situ. 
Sebelum gerak ke Itali, kitorang solat lagi kat situ untuk maghrib dan isyak.

Greece, macam yang kita tahu, dah bankrupt. Apalah nasib bhai-bhai ni. 
Moga Tuhan luaskan jalan, limpahkan rezeki dan mudahkan kehidupan diorang semua. 

Tanpa bhai-bhai ni, apalah nasib perantau Islam di Greece. 
Moga Allah rahmati korang bhai.

Monday, April 27, 2015

Less I have, more I gave



Salam. Kejadian berlaku di Restoran Meqbel. 
Sedang aku asyik menanti shawarma aku siap, badanku disentuh oleh sesuatu. Sesuatu yang asing. Kepala ku tolehkan ke belakang. Memang asing.
Seorang lelaki 40-an botak tengah berdiri di belakang ku.

Belum sempat aku meluahkan kata-kata, otak aku bertindak lebih cepat menutup pintu mulutku. Isyarat yang dihantar menyatakan bahawa lelaki ini kurang sihat. Biarkan saja.

Memang betul. Wajah dia memang tak asing. Semua orang kat Irbid ni rasanya tahu. Dia memang kurang sihat. Berjaket merah, berseluar lusuh dan ber'boot'.
Tiba-tiba, mamat meqbel (restoran shawarma) tu bersuara.

"Nak apa? Nak roti?" laki kurang sihat tu mengangguk tanda setuju.

"Nah" sekeping roti berinti diberikan. 

Belum pun hilang keterujaan aku, laki merah tu bagi botol air kecik kepada mamat meqbel.

"Buat apa botol ni?" tanya mamat meqbel.

"hmm hmm" laki merah menjawab sambil buat isyarat tangan pusing-pusing.

Rupanya, dia mintak tolong mamat meqbel bukak kan botol air tu. Lepas botol air dibuka, laki tu jalan sambil makan dan minum. Bahagia.

Shawarma aku pon siap. Aku balik rumah. Meqbel oh meqbel.
Begitu mudah kau mengajar aku erti memberi.
Sekejap je. Tak sampai 5 minit, Tuhan bagi kejadian ni.

Betapa kemanusiaan tu masih wujud walaupun dalam sekecil-kecil hal.
Kita mungkin nampak yang buruk kat mana-mana setiap masa tapi kita terlepas benda baik yang kecik-kecik ni.

Erti hidup pada memberi.
Takde duit tak semestinya tak boleh memberi.

"The less I have, the more i gave"
-Metallica

Friday, April 24, 2015

Jangan kejutkan kejahatan aku



Salam. Dari kecik, aku memang main defend kalau main bola. Sebab aku sedar diri, tak laju dan tak lincah. Fizikal pun kecik. Tapi, aku memang jahat dulu-dulu. Main kotor. Tolak, siku, tarik, sebat kaki, bentes, mulut lahanat, semua tu aku. Ibarat 'the little bastard' la orang kata. Memang boleh buat gaduh. 

Idola aku, tak lain tak bukan, defender Itali. Cannavaro (kecik tapi clean), Maldini (leader) dan Materazzi (besar tapi kotor). Kotor ni jenis main jahat tapi curi-curi. Main maki-maki, siku masa tanduk. So, aku combinekan saiz badan Cannavaro dan kejahatan Materazzi dan aku terapkan dalam diri aku. Contoh paling senang, masa Materazzi kena tanduk dengan Zidane. Korang agak Zidane tu tiba-tiba datang sawan ke sampai tanduk Materazzi? Yang sebenarnya, Materazzi dah 'jampi' Zidane, sebab tu Zidane jadi lembu gila. Nak tengok jahat tak jahat Materazzi ni, bukak youtube, taip nama dia. Warning, 18SG.

Pernah dulu kat asrama, lawan kelas sebelah, ada mamat bajet Cristiano Ronaldo, sampai main pun nak diving menggelupur. Sisi gelapku datang. Corner kick untuk team lawan, bola sampai kat mamat tu. Belum sempat dia tahan bola, aku tolak belakang dia pakai dua tangan sampai jatuh mamat tu. Dia bangun sambil marah-marah. Hahaha aku apa lagi la, buat muka innocent cakap la "diving la lu!". Main petang-petang je pun.

Bila dah sampai Jordan, permainan aku makin tenang. Kalau boleh aku takkan tackle, bentes atau yang sewaktu dengannya. Aku rela bagi diorang gol daripada aku cederakan diorang. Bukan sebab malas atau insaf, tapi aku sebenarnya dalam fasa 'anger management'. Aku taknak sukan dicemari emosi yang melampau. Kita bersukan untuk bergumbira.

Tapi, langit tak selalunya cerah. Ada beberapa orang yang akan provoke. Takde sportmanship. One on one keeper dia lunjur kaki kat muka keeper. Depan-depan keeper shoot macam bola padang. Dia ingat keeper tu Oliver Kahn? Ada juga yang suka main betes keras, terlebih serius. Siapa main emosi dengan aku, aku balas balik emosi. Tolak, sliding, member tak member, aku bantai. Nak-nak, kalau diorang main ada yang pakai but berstud, memang kelepak kelepuk la bunyi stud bantai keting orang.
Sekali aku kena, memang aku cari balik keting mamat tu.

Aku cerita panjang-panjang ni bukan nak cerita pasal bola pun sebenarnya. Just, aku nak kongsikan yang sebenarnya ramai antara kita ni mengalah, menerima apa saja yang orang buat kat dia semata-mata untuk jaga hati orang lain. Selagi boleh, dia akan cuba bersetuju, menerima perbuatan orang lain. Tapi, kita pula janganlah sampai permainkan orang macamtu. Jangan ingat diorang suka dengan apa yang kita buat. Jangan melampaui batas. Jangan fikir kepala dan emosi diri sendiri je. orang lain ada perasaan dan hak jugak. Hormat.

"Kalau kau boleh buat kat orang, kau kena terima jugak orang lain buat macamtu kat kau"
-Wafi Bizami

Sekian, wassalam.


Wednesday, April 15, 2015

Betul ke cara korang bergurau?

Salam. Korang rasa selama ni cara gurau korang betul-betul lawak ke?

Cuba tanya diri korang sekarang. Tak tahu jawapan?

Ok, ni tips nak tahu gurauan korang tu tak menjadi atau kurang ajar.

1) Kawan kau tak gelak. Sebelum2 tu dia gelak je, tiba-tiba masa kau melontarkan 'gurauan' berpeluru tu, dia tak gelak. Ha faham dah tu.

2) Kawan kau diam. Dia kunci mulut diam seribu bahasa. Kalau tengah makan, dia terus sambung makan. Paham le tu.

3) Kawan kau berubah riak muka ibarat ternampak arnab terbang. Dari tersenyum terus berubah jadi muka seorang warden penjara. Paham-pahamlah.

4) Kawan kau tak pandang kau. Dia tukar pandangan seribu makna dia ke orang lain dan layan orang tu. Paham kan?

5) Kawan kau mencarut halus, lembut bak bayu lautan sepi. Kau atau orang lain boleh dengar sayup-sayup carutan tu. Habislah kau.

6) Kawan kau maki dengan jeritan bak halilintar bukit gergasi. Semua orang dengar makian kawan kau. Padan muka kau.

7) Yang ni paling susah nak baca. Kawan kau gelak, layan kau tapi akhirnya dia mencarut sambil senyum/gelak kambing. Inilah kawan sejati kau yang sanggup disakiti semata-mata nak layan kau yang kurang perhatian. Ala, macam bapak2, sanggup jadi punching bag baby boy dia semata-mata nak anak dia gembira. Ha macamtulah. Tapi ingat, sakit tetap sakit, marah tetap marah tapi member jenis ni tak kisah pun, janji semua gumbira ibarat mendapat milo lori percuma.

Ya, mungkin korang kata kawan kau serius sangat, takde sense of humor, tak pandai bergurau, tapi bagi aku, kalau cara kau gurau macam gagak, Johan Raja Lawak pun tak gelak dan tak setuju dengan gurauan tu.

Jadi, periksa balik gurauan kita. Adakah ia direstui?
Salam.